BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 27, 2009

Hadiah untuk Kekasih

Al-kisah, Usop mempunyai teman wanita baru. Ayu namanya. sempena ulang tahun perkenalan mereka, Usop ingin menghadiahkan topi untuk kekasih yang tersayang, ayu.
Pada suatu hari, Usop dan adik sepupunya pergi ke SOGO untuk mencari hadiah tersebut.
Usop ternampak sebuah topi yang cantik. sedang dia membelek topi tersebut, adik sepupunya membeli seluar dalam warna hitam. semasa di kaunter, cashier tu tertukar kotak topi tersebut dengan kotak adik sepupunya.
tanpa usul periksa, kaunter balut hadiah pun membalut kotak tersebut.
Usop menghantar hadiah tersebut dengan menulis sepucuk surat:

untuk kekasihku ayu,
abang bagi hadiah ini kepada ayu kerana ayu tak pernah pakai bila keluar dgn abang. Abang ada nampak yang berbunga-bunga cantik, tapi promoter tu kata warna hitam dan jarang lagi cantik sejuk sikit. promoter tu tunjuk yang dia punya kat abang masih elok lagi tak payah basuh sebab tak nampak kotor pun. abang mintak promoter tu try abang tengok ngam. ayu dengan promoter tu sama saiz. jadi abang belilah. harap ayu suka dengan pemberian abang tu.

dari sayangmu,
Usop

p/s: kalau ayu nak pakai, style terbaru abang tengok dengan melipat sedikit bahagian hadapan dan menampakkan sedikit rambut.

1 cerita anda:

Unknown said...

haha..
double meaning but still funny..