Monday, May 30, 2011
MISTERI PATUNG 1
Setelah semua pelajar semester enam menjalani latihan industri yang merupakan matapelajaran terakhir sebelum mereka bergelar graduan, mereka telah dipanggil semula untuk membentangkan tugasan terakhir yang telah diberikan. Sampai sahaja di Kampus Kenanga, para pelajar telah ditempatkan di Kolej Siswi bagi perempuan dan Siswa bagi lelaki. Fazlia dan beberapa orang pelajar sampai awal pada petang tersebut. Setelah selesai mendaftar mereka terus menaiki tangga menuju ke bilik. Dengan lafaz bismillah Fazlia membuka pintu bilik, ternyata hanya dia sahaja yang berada disitu. Fazlia meletakkan beg yang berisi pakaian lalu duduk di atas katil putih yang masih tidak bersarung sambil melepaskan lelah. Berkerut dahinya apabila terkenangkan saat dia mahu berpisah dengan keluarga untuk kembali ke kampus bagi menyelesaikan tugasan terakhirnya itu. Teringat pesanan Puan Zaharah.
“kalau dah sampai sana nanti jangan lupa telefon, kalau nak buat presentation nanti jangan lupa baca surah Alam Nasyrah dulu, selawat lepas tu buatlah elok-elok. Mak doakan akak berjaya.”Pesan Puan Zaharah.
“Baiklah mak, nanti akak akan call mama dulu bila dah sampai. Akak pergi dulu ye mama.” Kata Fazlia sebelum berangkat menaiki bas yang menuju ke destinasi.
Bersambung...
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 1:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 cerita anda:
Datang singgah di sini mau follow kembali, tapi sepertinya ada gangguan
sabar dulu yah
jaringan masih kurang mendukung
cheery dtg terjah dan follow sini yah..
Post a Comment