Dua remaja itu muncul dengan muka yang marah. Pisau di tangan sudah berlumuran darah.
“Kau lepaskan kawan-kawan aku! Mereka tak salah.” Jerit Fazlia memberi amaran.
“Hahaha... Mereka patut terima pembalasan di atas kesalahan kau hahahah...” Jawab remaja berambut blonde.
“Apa kau nak dari aku hah?!” Tanya Fazlia.
“Aku nak kau!” Jawab remaja berambut blonde.
“Untuk apa, kenapa?” tanya Fazlia.
“Kau tak pernah rasa bagaimana kami sebagai patung yang dibenci. Aku perlukan jasad kau untuk aku bertukar menjadi manusia.” Jawab remaja berambut blonde itu.
“Tapi kenapa aku?” Tanya Fazlia.
“Kerana kau seorang yang lemah!” Jerkah remaja tersebut.
Fazlia terdiam lantas tangannya mencapai gunting yang ada di atas meja. Lalu Fazlia menggunting tangan patung berambut blonde itu. Remaja itu menjerit kesakitan, suaranya bertukar garau dan semakin kasar. Dengan darah yang masih meleleh itu dia bangun lagi, Fazlia terus menggunting tangan patung itu sehingga putus. Remaja itu menjerit lagi. Lalu tersungkur dan mengelupur. Fazlia memandang remaja berambut merah yang sentiasa senyap dari dulu. Remaja itu berjalan menghampiri remaja berambut blonde dan memandang dengan pandangan yang sukar ditafsir. Remaja itu mengambil pisau pada tangan remaja blonde yang sudah putus. Lalu remaja tersebut menoleh ke arah Fazlia. Fazlia gugup, lututnya terketar-ketar. Tangan Remaja berambut merah itu menikam-nikam dada remaja berambut blonde. Fazlia terkejut.
“Aku dah bosan dengan kau yang sentiasa mengarah aku dan dapat apa sahaja yang kau nak. Kerana kau aku turut jadi patung yang di benci oleh semua kanak-kanak. Kerana kau juga semua yang aku kasih pergi. Kau memang tak guna dan pentingkan diri sendiri.” Remaja itu melepaskan dendamnya kepada remaja yang berambut blonde tersebut. Lalu menikam buat kali terakhir.
Kemudian remaja itu bangun dan memandang Fazlia yang berwajah pucat lesu. Remaja itu berjalan perlahan menuju ke arah Fazlia yang sudah terduduk di sisi meja. Fazlia kaku dan lidahnya kelu. Lalu remaja itu mengambil patung yang serupa dengannya dan membawa patung itu pergi hilang entah ke mana. Pandangan Fazlia berpinar, Fazlia tidak sedarkan diri.
Beberapa Tahun Kemudian...
“Mama.. mama.. Alia ada patung baru.” Kata Alia kepada ibunya, Fazlia.
“Mana? Siapa yang bagi?” Fazlia bertanya kepada anaknya yang berumur 5 tahun itu.
“ Ini.” Tunjuk Alia.
Fazlia melihat patung itu dengan senyuman, seperti membalas kembali senyuman remaja berambut merah dulu sebelum remaja itu menghilang. Patung itu kelihatan mirip dengannya.
“Jaga patung ni baik-baik tau Aliya.” Pesan Fazlia.
-TAMAT-
Monday, June 13, 2011
MISTERI PATUNG 9
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 9:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 cerita anda:
habis dah...???
dah... kan ada tulis -TAMAT-
tau...mane tau kot ade sekuel lg ke...
wah...akhirnya... huhu..
hehehe... tunggu citer tamlegend plak...
pillow cookies... update jgn tak update...
cerita saya tak tau bila nak kuar..ending tak jumpa lagi...
Cerita berunsur seram yang kreatif.
Bagus imaginasinya...akak suka. :)
buat novel pula tau..akak sokong.
Post a Comment