Allah itu Maha mengetahui.
Kau juga tahu akan kebenaran itu.
Tapi apa kau tahu itu mungkin terbatas.
Kerana kau takkan dpt selaminya.
Allah itu Maha mengetahui.
Kau tahu akan kebenaran itu.
Kau tahu segelintir tentang aku.
Namun kau berkata seperti kau tahu segalanya.
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kau tahu akan kebenaran itu.
Walaupun perbuatan kau sebegitu rupa
Doaku semoga kau mendapat rahmat dariNya.
Allah itu Maha Adil.
Kau tahu akan kebenaran itu.
Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk
Nescaya akan mendapat pembalasan yang setimpal.
Allah itu Maha Pengampun.
Kau tahu akan kebenaran itu.
Bertaubatlah wahai sahabatku.
Allah juga sedia menerima hambaNya yang ingin bertaubat.
p/s: Sekiranya anda ada melakukan sebarang kesalahan terhadap rakan-rakan, keluarga, saudara-mara Lekaslah meminta keapunan dari mereka sebelum terlambat. Kerana belum tentu kita sempat meraikan Syawal yang bakal tiba.
Sunday, August 14, 2011
Renungkanlah Sebentar
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 2:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment