Semenjak hari itu, mereka hanya berhubung dalam telefon. Mereka agak kerap bergaduh bila berbual di dalam telefon. Shazwan mempunyai ego yang terlalu tinggi. Sedikit pun tidak mahu mengalah dan tidak mengendahkan Fia seandainya Fia berkecil hati dengannya. Fia pula hanya mampu bersabar. Fia tahu dia hanya perlukan Shazwan sebagai pengubat rindunya terhadap bekas teman lelakinya. Jadi Fia terus bersabar.
Shazwan tahu dia sering membuat Fia kecewa. Dia juga tahu yang dia tidak layak sebenarnya untuk memiliki hati suci gadis itu.
'Fia terlalu baik untuk aku. Sememangnya aku tidak layak untuk bersamanya.' Getus hati Shazwan berserta dengan perasaan gundah gulana.
'Tapi aku tak sanggup kehilangannya. Fia adalah segalanya dalam hatiku.Aku akan pertahankan cinta ini.' Getus hatinya lagi.
Sebulan kemudian Fia telah mengambil keputusan untuk pergi melawat Shazwan di Penang. Terimbau kembali kali terakhir dia menjejakkan kaki di pulau itu pada usia 3 tahun. Masih tidak mengerti apa-apa. Fia tersenyum sendirian melihat jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah. Bermakna dia sudah dekat dengan tempat perhentian. Di sana Shazwan akan menjemputnya.
Setelah sebulan menanggung rindu, kini Shazwan telah muncul dihadapan mata. Fia gembira melihat Shazwan yang tersengih dari tadi. Mungkin juga dia merasakan perasaan yang sama seperti Fia. 3 hari di sana masih belum cukup untuk menghilangkan rindu Fia pada Shazwan, begitu juga Shazwan. Masa dirasakan berjalan dengan begitu pantas.
Fia dibawa berjalan pusing sekitar Pulau, menaiki bukit bendera, dan bermacam aktiviti lain yang telah disediakan oleh Shazwan. Fia tidak pernah merasakan percutian yang menyeronokkan seperti ini. Berdua dengan yang tersayang. Shazwan juga gembira bila Fia ada di sisinya. Dia berharap dapat menikahi Fia secepat mungkin.
Tiba waktu mereka berpisah, masing-masing berat hati untuk melangkah ke stesen bas. Fia juga berat hati untuk pulang. Tidak puas rasanya duduk di pulau itu. Ketika bas yang dinaiki Fia mula bergerak, Mahu sahaja Shazwan menjerit memanggil nama Fia agar Fia tahu dia tidak mahu Fia pergi meninggalkannya. Namun mulutnya terkunci rapat dan airmata berlinangan....
Sunday, July 22, 2012
Restu & Karma 5
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 12:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment