Mendengar azan Maghrib berkumandang, Fazlia tersentak dari lamunan dan segera bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke meja tulis. Terkejut Fazlia apabila mendapati ada sebuah kotak di atas mejanya.
“Siapa punya kotak ni?” Bisik hati Fazlia.
“Aku tak perasan pula ada orang masuk bilik ni tadi, pelik betullah.” Detik hatinya lagi.
Fazlia melangkah perlahan merapati meja dengan perlahan tangannya membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya Fazlia apabila terlihat dua anak patung yang cantik paras rupanya dalam kotak tersebut. Fazlia seolah-olah pernah terjumpa dengan dua anak patung tersebut tapi segalanya samar. Fazlia memegang anak patung yang rambutnya berwarna kuning keemasan
itu lalu di belai sambil kembali mengingati di mana dia pernah menjumpai patung itu. Sedang Fazlia leka dengan patung itu, sekali lagi Fazlia dikejutkan dengan ketukan pintu. Fazlia meletakkan anak patung itu di atas katil lalu pantas langkahnya menuju ke arah pintu dan dengan segera pintu itu dikuak. Alangkah gembiranya Fazlia apabila Liza yang sudah lama tidak ditemuinya sejak akhir semester lima kini berada dihadapannya. Mereka berpelukkan. Rupa-rupanya Liza merupakan rakan sebilik Fazlia. Setelah melepaskan rindu, Fazlia melangkah ke bilik air yang terletak tidak jauh dari biliknya untuk mengambil wudhuk bagi melaksanakan perintah Allah. Kemudian disusuli oleh Liza yang baru sahaja sampai. Setelah kedua-dua mereka selesai mengerjakan solat, mereka mula mengemas pakaian dan katil.
Bersambung
0 cerita anda:
Post a Comment