BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 31, 2011

Kesedihan/Sayu

Kesedihan adalah suatu emosi yang ditandai oleh perasaan tidak beruntung, kehilangan, dan ketidakberdayaan. Saat sedih, manusia sering menjadi lebih diam, kurang bersemangat, dan menarik diri. Kesedihan dapat juga dipandang sebagai penurunan suasana hati sementara, sementara depresi sering dicirikan dengan penurunan suasana hati yang persisten dan besar yang kadang disertai dengan gangguan terhadap kemampuan seseorang untuk melakukan kegiatan hariannya.
by: Wikipedia

Entah kenapa malam ni aku rasa sayu sahaja mendengar suara ayah di telefon. Mungkin dia terlalu rindukan aku. Tapi sekiranya aku ke sana aku tetap tidak dapat berjumpa dengannya kerana dia sibuk bekerja. Di tambah pula dengan soalan yang telah ditanyakan oleh abangku kepadaku, "akak merajuk dengan abah ke?" tidak pernah sedikit pun aku merajuk dengan ayah. Sedari dulu aku cukup takut ayah terluka kerana aku. Aku tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga hati dan perasaan semua orang, ayah, mama, abang, adik, nenek, dan lain-lain.. Tapi aku hanya manusia biasa yang tidak boleh memuaskan hati setiap pihak.

"Ya, Tuhanku, aku lemah tatkala ini. Aku tidak mampu untuk membuat sebarang keputusan. Berikanlah aku kekuatan Ya, Allah agar aku mampu mengharungi segala ini.."
Amin...

2 cerita anda:

tamlegend said...

ada malam pastikan adanya siang...

Unknown said...

sabarlah wahai hati.