BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 31, 2011

MISTERI PATUNG 3

Liza merupakan seorang yang lincah dan dia juga mempunyai akal yang cerdas. Semasa mengemas baju, Liza banyak bercerita tentang aktiviti sepanjang menjalani latihan industri. Fazlia juga turut menceritakan perkara yang sama. Tanpa di sedari ada yang memerhatikan mereka di sebalik pintu. Fazlia ketawa berdekah-dekah mendengar cerita Liza tentang majikan sementaranya itu. Sedang asyik mereka bercerita tiba-tiba pintu dikuak Fazlia dan Liza hampir menjerit terkejut.

“Kau orang ni kalau ketawa satu blok ni boleh dengar tau.” Sergah Maya.
“Astagfirullahhalazim....” Fazlia mengucap panjang.
“Kau ni Maya sakit jangtung aku dibuatnya.” Kata Liza sambil mengurut-urut dadanya.
“Ala.. sorrylah tak sengaja, hehehehe..” Jawab Maya sambil tersengih-sengih menunjukkan barisan giginya yang cantik tersusun rapi.
“Apa yang kau orang bualkan dari tadi? Nampak seronok je?” Soal Maya.
“Borak pasal latihan industrilah.” Jawab Fazlia
“Kau orang tak lapar ke? Tanya Maya.
“Lapar.” Jawab Fazlia dan Liza serentak.
“Jom turun kita pergi makan.” Ajak Maya.
“Ok. Kau tunggu kejap ye.” Pinta Liza.

Fazlia dan Liza lantas mencapai tudung dan disarungkan kepala. Beg duit di atas meja dicapai dan mereka bertiga terus melangkah menuju ke kafeteria. Ramai rakan-rakan mereka berada di situ. Liza mengajak semua makan di situ. Semua orang setuju. Seronok sangat mereka berbual. Namun masa berlalu begitu pantas. Hari menjelang larut malam.

3 cerita anda:

tamlegend said...

sambung ke tak ni???

LuLa- said...

masih bersambung..

tamlegend said...

owh...ok