Liza dan Fazlia melambai Maya yang berada dibilik sebelah. Setelah itu mereka melangkah masuk ke dalam bilik. Fazlia yang keletihan terus menghempaskan badannya di katil. Liza melangkah kemejanya lalu membuka tudung dan di sangkut pada almari. Mata Liza tertarik untuk melihat kotak yang ada di atas meja Fazlia.
“Kotak apa tu Lia?” tanya Liza
Namun tiada jawapan dari Fazlia yang sudah lama dibuai mimpi. Liza berjalan perlahan menuju ke meja Fazlia lalu tangannya pantas membuka kotak tersebut. Namun kotak tersebut kosong. Dia kecewa. Liza melangkah menuju ke katil lalu untuk melelapkan mata.
Fazlia tidur tak lena malam itu kerana mengalami mimpi buruk. Fazlia mimpikan patung yang
dijumpai petang tadi. Ada manusia yang serupa dengan patung tersebut. Dan orang tu arahkan Fazlia untuk menjaga patung tersebut dan bawa ke mana sahaja Fazlia pergi. Sekiranya Fazlia enggan Fazlia akan dibunuh. Fazlia berada dalam ketakutan. Lalu dia tersentak dari tidur apabila terdengar bunyi hempasan pintu. Fazlia duduk sambil merenung Liza yang sedang nyenyak tidur. Fazlia bangun dari katil lalu berjalan menuju ke meja tulis untuk melihat patung-patung tersebut. Namun, hampa kotak dan patung itu tiada di situ. Fazlia melangkah kembali ke katil dan melabuhkan punggungnya di atas tilam yang tidak seempuk tilam di rumahnya. Tangannya mencapai jam yang loceng yang diletakkan di sisi bantalnya.
“Baru pukul 5:45 pagi.” Keluh hatinya.
Fazlia baring semula mencuba untuk melelapkan mata, namun matanya tetap segar. Dia melirik ke arah Liza yang masih tidur. Tiba-tiba, Fazlia dikejutkan dengan deringan dari telefon bimbitnya.
“No number? Siapa pula yang call aku pagi-pagi buta ni?” Bisik Fazlia.
Tangannya menekan butang jawab.
“ Hello, siapa tu?” tanya Fazlia.
“ Jangan lupa bawa patung-patung tu ke mana sahaja kau pergi, nyawa kau dalam tangan mereka.” Bisik suara itu.
Talian di matikan. Bulu roma Fazlia tegak berdiri, lantas tangannya mencampakkan telefon bimbit tersebut. Liza terbangun mendengar sesuatu terjatuh ke lantai, meliar matanya mencari-cari dari mana bunyi itu, terpandanglah dia telefon bimbit Fazlia. Liza bangun, mencapai telefon tersebut dan duduk di birai katil Fazlia.
“ Kenapa ni Lia, kau gaduh dengan Zul ke?” Tanya Liza.
Fazlia diam seribu bahasa. Lidahnya kelu apabila suara itu masih lagi tergiang-giang di terlinganya. Perlahan tangan Liza mencapai tangan Fazlia.
“ Aaaaahhh.....” Fazlia menjerit kecil keran terperanjat, sambil menarik tangannya.
“ Kenapa dengan kau ni Lia, Kau ada masalah ke?” Tanya Liza yang juga terkejut dengan jeritan itu.
“ Aku cuma terkejut je.” Kata Fazlia.
“ Kau ni buat aku takut jelah.” Getus Liza.
Bersambung...
Thursday, June 2, 2011
MISTERI PATUNG 4
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 1:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 cerita anda:
oke...next! weeee~
cter thriller mcm ramlee awang murshid je ni...
tak de la setanding dia... Tapi karya dia pun best juga...
Post a Comment