BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 3, 2011

MISTERI PATUNG 5

Mereka sama-sama bangun dari katil dan melangkah menuju ke arah penyidai di mana tersidai tuala mereka. Fazlia dan Liza sama- sama melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk bagi menunaikan fardhu Subuh. Setelah selesai mereka masing-masing duduk di meja tulis untuk meneliti kembali segala persiapan untuk pembentangan esok.

Jam sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi. Liza mula terasa lapar. “ Lia, jom kita beli breakfast, aku dah lapar ni.” Ajak Liza. “Okey, aku pakai tudung jap.” Jawab Fazlia.
Sampai di kafeteria, Liza dengan pantas mencapai polisterin untuk mengisi nasi dan lauk yang tersedia. Fazlia hanya membeli sebungkus sandwich, milo ais dan memesan air soya untuk Liza. Tiba-tiba bahunya di sapa dari belakang. Fazlia menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya Fazlia, apabila melihat dua orang remaja berambut blonde dan seroang berambut merah mirip seakan patung yang pernah dilihat di biliknya. Fazlia terkedu.

“Kenapa kau tinggalkan kami?” tanya remaja yang berambut blonde tu.
“Kau dah lupa pesanan tu?” remaja itu bertanya lagi.

Fazlia tetap mendiamkan diri sambil kepalanya ligat mencari jawapan.

“Kenapa!?” gertak remaja itu lagi.
“Aa.. Aku.. Aku tak sengaja.” Jawab Fazlia dengan nada suara yang bergetar.
“Dik, ni airnya.” Sapa lelaki yang menjual air itu.

Fazlia menoleh ke arah lelaki tersebut, lalu membayar air dan mencapai plastik yang berisi minuman itu. Fazlia menoleh ke arah di mana kedua remaja itu berdiri, namun mereka tiada di situ. Melilau mata Fazlia mencari kelibat 2 remaja berkenaan.

“ Aku dah siap, jom balik bilik.” Tegur Liza.
Fazlia mengangguk perlahan.

Sampai di bilik, Fazlia mencari kotak yang berisi patung di atas meja, bawah meja, atas katil, bawah katil namun tiada. Liza terdiam melihat gelagat rakannya itu. Kemudia dia terpandang sebuah kotak di atas almari.

“Lia, kau cari kotak tu ke?” Tanya Liza sambil tangannya menunjuk ke arah kotak tersebut.

Fazlia memandang ke arah yang telah di tunjukkan, lantas dia menjengket dan mencapai kotak yang berada di atas almari tersebut. Fazlia membuka kotak tesebut, lalu mengeluarkan patung-patung itu.

“ Wah, cantiknya.” Tegur Liza, lantas mencapai patung itu dari tangan Fazlia, namun, terlepas jua ke lantai kerana di celah baju patung tersebut terselit jarum yang telah mencucuk jari Liza.

“Aduh..” Jerit Liza.
“Liza?” Panggil Fazlia. Liza terus berlari ke tandas untuk membersihkan luka kecil itu.

Pintu bilik terbuka kembali, Fazlia menoleh ke arah pintu terebut, remaja itu muncul kembali, kali ini remaja yang berambut blonde itu memegang pisau yang berlumuran darah di sebelah tangan kanannya. Remaja berambut merah merenung tajam ke arah Fazlia. Mereka merapati Fazlia yang semakin berundur.

“Kau jangan sekali-kali lari dari kami, dan jangan sekali-kali bagi kami pada orang lain.” Jerkah remaja terebut.

Fazlia sudah tersandar pada almari, tiada tempat untuk berlari, dua remaja itu semakin hampir dengannya, Fazlia memejamkan mata, jantungnya berdegup kencang, perasaan takut mula datang.

“Fazlia!” Bahunya di sentuh.

Bersambung..

3 cerita anda:

Shahirah said...

next....hehehe..

LuLa- said...

Sabar k... cari Ilham nih..

tamlegend said...

haha...saya pun tak sabar gak ni...