Fazlia membuka matanya, Liza sudah berada di hadapanya.
“Kenapa ni?”soal Liza.
Fazlia memeluk Liza sekuat hati untuk meredakan perasaan takutnya itu. Liza buntu melihat Fazlia begitu.
Diluar, matahari memancar terik. Liza menghentikan bacaannya lalu matanya melihat jam di dinding.
“Ya Allah dah pukul 2:30 petang rupanya. Patutlah perut aku lapar sangat” Detik hatinya.
Liza sempat menoleh ke arah Fazlia terlalu asyik menaip di meja tulis. Liza melangkah perlahan ke arah Fazlia menyentuh lembut bahu Fazlia.
“Lia, ape yang kau taip laju sangat sampai nak hang laptop tu di buatnya?” Tegur Liza Sambil matanya melihat skrin komputer riba Fazlia.
“Aku nak siapkan skrip untuk pembentangan esoklah, ada nak kena edit sikit ni.” Jawab Fazlia.
“Oh, hmm boleh tahan skrip tu bolehlah aku tiru esok hehehe.” Usik Liza sambil tersengih-sengih.
“Ah, mana boleh, penat aku fikir nak susun ayat ni.” Jawab Fazlia.
Mereka sama-sama ketawa. Fazlia mengajak Liza untuk temankan ke tandas bagi mengambil wudhuk untuk mengerjakan fardhu Zohor. Liza hanya angguk. Setelah mereka selesai menunaikan solat, mereka melangkah menuju ke kafeteria. Maya yang kebetulan lalu di hadapan bilik mereka turut sama menuju ke sana.
“Maya, siapa roomate kau ye?” Soal Liza.
“Ada student dari course lain, Zenny namanya”. Jawab Maya
“Dari fakulti ape?” Tanya Liza lagi.
“Alah, tak ingatlah. Aku tak berapa ngam dengan dia, sebab aku tengok dia pelik.” Jawab Maya.
“Pelik macam mana?” Tanya Liza yang benar-benar ingin tahu.
“Aku tanya apa-apa dia mesti diam. Aku ajak makan pun dia tak nak. Takut aku.” Cerita Maya.
“Mungkin dia pemalu dan tak ada duit nak makan.” Selit Fazlia.
Maya dan Liza hanya mengangguk setuju dengan andaian Fazlia. Mereka hanya makan di kafeteria sahaja.
Telefon bimbit Fazlia berdering. Fazlia melihat nama yang terpapar di skrin telefon tersebut sambil tersenyum tangannya menekan butang jawab.
“Hello sayang.”Jawab Fazlia sambil tersengih memandang Liza yang mencebik melihat gelagat kawannya itu.
“Hello, ayang buat apa tu, dah makan?” Tanya Zul.
“Baru aje habis makan dengan Liza dan Maya. Sayang dah makan ke?”
“Dah dengan kawan-kawan tadi. Rindulah kat ayang.” Jawab Zul.
“Ayang pun rindu pada sayang juga.” Jawab Fazlia dengan nada manja.
“Malam ni kita jumpa nak?” Ajak Zul.
“Malam ni.. okey, pukul berapa?” Tanya Fazlia.
“Pukul 9:00 malam ni sayang jemput ayang depan kolej ok.” Jawab Zul.
“Okey sayang, Assalamualaikum.” Jawab Fazlia.
“Waa’laikummussalam.” Jawab Zul. Talian dimatikan.
“Sukalah tu nak jumpa buah hati pengarang jantung.” Sindir Liza.
“Eleh, dengkilah tu kan Maya?” Jawab Fazlia sambil tersenyum.
“Yelah orang ada buah hati.”Jawab Maya.
Mereka sama-sama ketawa. Fazlia merasakan dia diperhatikan. Fazlia terlihat dua remaja yang sering mengganggu itu duduk menghadap Fazlia dimeja yang terletak di belakang Maya. Renungan tajam dua remaja itu membuatkan Fazlia terdiam dan gugup. Fazlia lantas teringat bahawa dia terlupa membawa patung tersebut bersama. Jantung Fazlia berdegup kencang, Dahi Fazlia berpeluh-peluh.
Bersambung...
Friday, June 3, 2011
MISTERI PATUNG 6
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 7:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment