BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 5, 2011

MISTERI PATUNG 7

Liza dan Maya yang sedari tadi memerhatikan gelagat Fazlia meresa pelik. Mereka menoleh ke arah di mana pandangan Fazlia tertumpu. Namun tiada siapa di meja tersebut.

“Lia, kau okey ke?” Tanya Maya.
“Lia, kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku.” Ajak Liza.
“Lia.. Lia..” Maya dan Liza menyebut namanya.
Tumpuan Fazlia tidak berganjak masih memerhatikan remaja tersebut. Remaja berambut blonde itu mengeluarkan sebilah pisau lalu berjalan menuju ke arahnya dan di ikuti oleh remaja berambut merah itu. Fazlia semakin ketakutan. Hendak menjerit, Lidahnya kelu. Fazlia memejamkan mata.

“Fazlia!”
Fazlia tersedar, lalu membuka matanya. Di hadapannya kini Liza dan Maya dengan muka yang berkerut. Mungkin risau dengan keadaan Fazlia. Rupanya Fazlia pengsan di Kafeteria, Liza dan Maya membawanya ke bilik.

“Liza, Maya, aku memang ada masalah. Tapi aku tak boleh beritahu kamu semua. Aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada kamu semua sekiranya mendapat tahu tentang perkara ini.” Luah Fazlia.
“Lia, kita kawan dah lama. Kenapa kau masih nak berahsia dengan kami?” Tanya Liza.
“Aku bukan nak berahsia. Aku risaukan keselamatan kamu. Aku minta maaf sebab tak boleh nak ceritakan masalah yang aku hadapi ni.” Jawab Fazlia.
Liza dan Maya hanya mendiamkan diri.

Setelah selesai menunaikan solat Isyak, Liza mengambil keputusan untuk sambung bacaan di bilik Maya. Fazlia pula sibut bersiap untuk berjumpa denga Zul. Sebelum tu, Fazlia mengambil kotak yang berisi patung-patung tersebut dan di letakkan di atas meja. Fazlia meletakkan Surah Yassin di atas kotak tersebut. Fazlia melangkah pantas keluar dari bilik tersebut. Zul yang telah lama menunggu tersenyum melihat kelibat Fazlia yang semakin menghampirinya. Sudah lama Zul rindukan wajah kekasihnya itu, namun baru sekarang bertemu. Fazlia turut tersenyum melihat wajah Zul. Mereka melangkah seiringan menuju ke taman yang terletak di hadapan perpustakaan.

“Zul ada sesuatu yang Fazlia nak beritahu.” Fazlia memulakan bicara.
“Apa halnya?” tanya Zul apabila melihat raut wajah Fazlia yang jernih bertukar menjadi keruh.

Fazlia menceritakan segala yang berlaku ke atas dirinya sejak mula melangkah kaki ke kampus Kenanga tersebut sehingga ke saat ini. Zul mula meragui apa yang melanda kekasihnya itu. Zul memberitahu mungkin Fazlia berhalusinasi. Fazlia berkeras mengatakan segalanya benar. Zul masih tidak percaya. Mereka mula bertengkar sesama sendiri. Zul sudah tidak tahan dan terus berlalu pergi meninggalkan Fazlia yang sedang menangis teresak-esak.

Fazlia melangkah perlahan menuju ke kolej, dalam perjalanan itu, Fazlia melihat ramai pelajar sedang memerhatikan gelanggang badminton dalam kawasan kolej siswi. Fazlia turut melihat apa yang berlaku. Kelihatan beberapa orang pelajar berkeliaran. Ada yang terjerit-jerit, ada yang menangis, ada yang ketawa sesama sendiri tanpa berkata-kata. Fazlia merasa takut. Semua pelajar telah di pindahkan ke Kediaman Siswi yang lain. Fazlia menelefon Liza, namun pangillannya tidak berjawab. Lalu Fazlia menghubungi Maya pula.

“Maya, Liza ada dengan kau tak?” Tanya Fazlia penuh kerisauan.
“Lia, Liza ada kat kolej lagi. Aku tak tahu apa dah jadi pada dia.” Jawab Maya dalam sedu.
“Kau sekarang ada di mana?” Tanya Fazlia lagi.
“Aku ada kat Kediaman Siswi kau datanglah sini.” Jawab Maya.
“Okey, kau tunggu aku kat sana.”

Fazlia berjalan pantas. Terdetik dihatinya adakah semua ini ada kaitannya dengan patung-patung tersebut?.

Bersambung...

2 cerita anda:

tamlegend said...

wow...semakin suspen...huhu

LuLa- said...

nantikan debaran seterusnya selepas ini... jeng.. jeng... jeng..