Fazlia melajukan lagi langkahnya. Sampai sahaja di Kediaman Siswi, Fazlia mencari bilik yang didiami oleh Maya. Kelihatan Maya menangis.
“Maya, Kenapa ni, apa dah jadi dengan Liza.”Tanya Fazlia.
“Aku nampak Liza buka kotak yang ada di atas meja kau Lia.” Cerita Maya.
“Apa?!” Fazlia terjerit kecil.
“Aku lihat dari jauh aje, Liza tunjuk kotak itu kosong. Lepas tu Liza tiba-tiba menangis, kemudian ketawa dan menangis kembali. Aku takut Lia.” Sambung Maya.
“Habis apa kau buat?” Tanya Fazlia.
“Aku dan dan roomate aku cepat-cepat mencari Ustazah. Sekarang Ustaz dan Ustazah ada di sana.” Jawab Maya yang semakin teresak-esak. Fazlia memandang wajah rakannya itu dengan penuh kerisauan.
“Lia, apa sebenarnya dala kotak tu, tolonglah jangan berahsia lagi.” Rayu Maya.
Fazlia tidak mampu berkata-kata.
“Lia tolonglah, Liza dah jadi macam tu pun kau masih nak diamkan diri ke?” Bentak Maya lagi.
“Okey aku beritahu kau, sebenarnya dalam kotak tu ada dua patung, dan patung tu boleh menjelma jadi manusia di mana hanya aku sahaja yang nampak.” Cerita Fazlia.
“Apa yang kau merepek ni Lia? Kau tipukan?” Maya minta kepastian.
“Aku tahu kau takkan percaya dengan semua ni. Tapi itulah yang berlaku ke atas diri aku sekarang. Aku tak sepatutnya beritahu ini pada kau kerana kau mungkin akan jadi seperti Liza.” Sambung Fazlia.
“Aku tak percaya semua cerita kau ni karut!” Jerit Maya dengan nada marah.
Fazlia berlalu pergi meninggalkan Maya dan rakan yang lain dalam bilik tersebut.
Fazlia menyelinap masuk ke kolej siswi yang sedang di kawal ketat tapi tidak di pintu pagar sayap kiri.
Fazlia berhati-hati dan mempercepatkan langkah menuju ke biliknya. Dengan pantas Fazlia mencari kotak dan patung tersebut. Mulut Fazlia terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Fazlia menggenggam kedua patung itu di tangan kirinya.
Tiba-tiba pintu bilik bagaikan di tolak dengan kuat sehingga terbuka.
Bersambung...
Monday, June 6, 2011
MISTERI PATUNG 8
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 9:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 cerita anda:
aduyai...kenapa asyik bersambung time2 suspen cam gini...
sabar k... seterusnya akan menyusul kemudian...
Post a Comment