BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 21, 2011

Biarku Menjaga Cintamu 1

Hari ini merupakan hari pertama pelajar bahagian 1 Ijazah Sarjana Muda mendaftarkan diri di Kampus. Para pelajar memang tidak akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Jadi awal-awal lagi Nairah, Asma, Nor dan Eyna sudah mencari-cari rumah sewa berdekatan kawasan kampus itu. Tapi mereka tidak cukup lagi seorang untuk memudahkan pembayaran sewa rumah.

Petang itu setelah selesai mereka mendaftar, mereka menuju ke Kafeteria untuk membeli makanan. Tiba-tiba bahu Nairah di sentuh. Nairah menoleh.
“Hai, saya Eriana. Awak pula? Sapa Eriana, Pelajar bahagian 1 Ijazah Sarjana Muda Perkhidmatan Pelanggan.

“Oh, saya Nairah, panggil Ira je..?”
“Ira, memang orang sini or ada rumah sewa?”
“Saya duduk rumah sewa dengan kawan-kawan saya, ni Asma, Nor dan Eyna.”
“Hmm.. masih ada bilik yang kosong tak sebab saya masih tak dapat rumah sewalah.”
“Kebetulan, ada kekosongan, memang kami tengah cari seorang lagi housemate. Nak join tak?” Jawab Asma.
“Betul ke? Bayaran macam mana?” Soal Eriana
“Nanti kita cerita ok. Ni alamat rumah tu. Kami tunggu ye.”
“Ok. Terima Kasih.” Ucap Eriana.

Setelah selesai membayar makanan dan minuman, Nairah, Asma, Eyna dan Nor berjalan menuju ke perhentian bas memandangkan mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri, mereka hanya mampu menaiki bas sahaja. Sesampai di rumah mereka terjelopok di sofa bagi melepaskan lelah setelah penat berjalan kaki dan memanjat tangga hingga ke tingkat tiga.

Beberapa minit kemudian, Eriana pun tiba dengan barang-barang kepunyaannya. Asma dan Nor sedang menolong Eriana berkemas, sambil itu mereka saling berkenalan. Nairah dan Eyna pula sedang sibuk menghidangkan makanan yang di beli tadi untuk makan bersama.

“Ira, kau tau tak Fariz satu course dengan kau?” Tanya Eyna.
“ Aku tahu.” Jawab Nairah bersahaja.
“Kau ok ke dengan dia?” Soal Eyna lagi.
“Aku ok je, biarlah masa lalu tu jadi kenangan, aku tak nak ingat lagi semua tu.” Jawab Nairah sambil terkenang kembali saat cintanya dan Fariz mula berputik dan hanya mampu bertahan selama tiga tahun. Sebak di dada semakin membuak-buak, Nairah segera sedar dan mengesat air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju.
“Kau sabarlah ye.” Ucap Eyna.
“Dahlah, kau pergilah panggil diorang semua makan.” Arah Nairah.

Mereka makan bersama dan mengemas bersama setelah selesai makan. Nairah sedang sibuk mengosok baju dan mengemas beg untuk di bawa ke kuliah esok. Eyna dan Eriana sedang mengerjakan solat Isyak. Nor pula sudah lena di buai mimpi. Tepat jam 10.45 malam, semua dah lena kecuali Nairah yang masih terkebil-kebil tidak mampu melelapkan mata. Di kala ini bayangan Fariz mula menjelma dan saat percintaan itu terkenang kembali.

“Kenapa semuanya harus berakhir begini?, Apa yang sedang di fikirkan oleh Fariz?, Mengapa dia sanggup hancurkan segalanya yang telah terbina sekian lama?” Getus hati Nairah. Airmatanya kembali mengalir kali ini semakin deras. Hampir setiap malam Nairah begini semenjak hubungannya dengan Fariz putus dulu.

Bersambung….

4 cerita anda:

tamlegend said...

Nairah tu salah eja ke???ke Nadirah???he

LuLa- said...

Nairah la name dalam watak tu. Nadirah tu penulisnya... hehehe...

tamlegend said...

hehe..hati kuat ngatakan Nairah tu Nadirah...he

LuLa- said...

hahaha.... pandai je la...
x la... tu memang nama dalam watak... tidak ada kena mengenena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.. heheh..