BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 22, 2011

Biarku Menjaga Cintamu 2

Setelah selesai mereka berlima solat Subuh, Nairah menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Yang lain pula sedang sibuk mengosok baju, berdandan dan ada yang mengemas beg. Nairah duduk menunggu mereka di meja makan.

Tepat jam 7.00 pagi, mereka semua sudah berada di perhentian bas. Bas yang menjemput mereka pada hari itu merupakan bas Kampus sendiri. Sesampai di sana mereka dah mula berpecah. Asma, Eyna dan Eriana sahaja yang bersama kerena mereka satu kursus.

“Kau rasa subjek yang kita amik ni susah ke?” Tanya Asma.
“Entahlah macam berdebar-debar je.” Jawab Eyna.
“Kita redah je lah. Lagipun dah pilih nak wat macam mana.”Eriana bersuara.
“Macam manalah Ira dan Nor yang bergerak sorang-sorang tu?” Soal Eyna.
“Pandailah diorang.” Jawab Asma.

Di satu Fakulti lain Nairah berjalan pantas sambil tercari-cari kelas yang dimaksudkan oleh pensyarah yang ditemuinya sebentar tadi. Sedang asyik mencari-cari Bam! Nairah terlanggar seorang lelaki. Habis berterabur fail yang di pegangnya tadi. Nairah terus tunduk lantas mencapai fail itu, dan apabila dia bangun lalu terpandang wajah lelaki itu, satu perasaan yang sukar di tafsir menerjah ke dalam hatinya.

‘Fariz!’ Getus hatinya.
Nairah tidak menyangka dia akan berada satu kelas dengan Fariz seperti semasa Diploma dulu.
‘Mampukah aku tangani semua perasaan yang aku alami? Mampukah aku bertahan?’ Getus hatinya lagi.
Nairah duduk membelakangkan Fariz. Cuba mengawal perasaannya sedih dan sebaknya. Hatinya semakin retak. Tiba-tiba dia di sapa.

“Hi, Ira!” Tegur Nizam.
“Eh, Ijam kau pun ada kat sini?” Tegur Nairah kembali.
“La.. Satu kelas lagilah kitakan.” Ijam bersuara lagi.
“Tulah.” Jawab Nairah.
“Ala, tak pelah kau dengan Fariz pun boleh dating hari-harikan?” Agak Nizam.
Nairah terdiam sambil tersenyum. Senyuman yang terpaksa dipamerkan. Baru sahaja hatinya ingin ceria.

Penysarah sudah masuk dan mula memperkenalkan dirinya. Tiada apa yang akan diajar. Cuma sekadar sesi perkenalan, di antara para pelajar dan pelajar dengan subjek yang bakal di ajar. Nairah juga mula berkenalan dengan rakan-rakan di sebelahnya. Nairah mula ceria sedikit demi sedikit.
‘Aku akan mulakn hidup baru. Aku takkan menoleh ke belakang lagi.’ Detik hatinya.

Kelas mula berhenti pada waktu tengah hari. Nairah tercari-cari telefon bimbit yang diletakkan dalam beg. Ada dua pesanan ringkas dari Nor dan Eyna. Mereka tiada kelas pada petang ini. Nairah berjalan menuju ke perpustakaan. Mencari-cari buku yang berkenaan dengan subjek selepas ini. Sedang Nairah sibuk membaca, ada seseorang menarik kerusi dan duduk bertentangan denganya. Nairah masih tidak perasankan lelaki itu.

“Best ke buku tu?” Tegur lelaki itu. Nairah memandang ke arah suara itu. Nairah terpaku seketika.
“Erm.. entahlah. Tentang fakta. So tak berapa faham sangat.” Jawab Nairah.
‘Kenapa dia mesti berada di sini?’ Getus hati kecilnya.
“Oh, tak pe teruskan usaha.” Fariz bersuara. Ya lelaki itu adalah Fariz.

Nairah merenung ke arah jam tangannya. Pukul 1.40 petang. Nairah segera meminta diri untuk ke surau bagi menunaikan solat Zohor. Fariz mengangguk sambil melihat Nairah berlalu pergi.

‘Dia masih macam dulu, Cuma kali ini dia lebih berdikari. Salahkah aku melepaskan dia pergi dulu?’ Hati Fariz tertanya-tanya.

Kelas Nairah tamat pada jam 5.00 petang. Nairah terus meluru ke perhentian bas.

‘Alhamdulillah sempat juga aku naik bas ni.’ Detik hatinya lega.
Tangannya mencapai telefon bimbit yang sedari tadi berdering-dering dalam beg tangannya.

“Hello.” Nairah menjawab panggilan itu.
“Ira, Kitorang dah siap masak so nanti kau balik makan tau.” Beritahu Asma kepada Nairah.
“Ye, aku dalam bas ni on the way nak baliklah ni.” Jawab Nairah
“Ok, kitorang tunggu kau kat rumah, bye.” Jawab Asma.

Bersambung....

1 cerita anda:

tamlegend said...

ni sambungan cerita yang hari tu ke???mana g cerita hari tu???dah remove ke???