Sorry guys... beberapa minggu ni aku asyik tak sihat je... sekejap batuk... sekejap selsema... sekejap sakit dada... sekejap pening... macam-macam penyakitlah... Tapi aku sedar bak kata mama, itu salah satu pengampunan dosa. Aku bersyukur Allah beri aku segala masalah kesihatan ini.
Aku perasan hampir setiap hari aku akan terkenangkan orang yang aku cinta pergi dari sisiku. Aku merasakan keseorangan, sunyi, sepi. Aku tak tahu dengan siapa aku nak bercerita. Setiap kali aku fikir macam tu, dada aku bagai merasakan suatu beban sehingga sukar nak bernafas.
Dengan segera aku mengambil wudhuk dan membaca Al-Quran. Hanya dengan cara itu aku mula merasa tenang. Tapi bayangan dia lebih kerap muncul. Aku lemah. Mungkin aku terlalu sayangkan dia. Tapi aku sedar dia bukan untuk aku. Mengapa aku masih berat untuk melupakannya.
Dadaku sakit kembali. Kali ini sakitnya lebih kuat seolah-olah dipijak-pijak. Aku cuba untuk tidak mahu memikirkannya tapi bila aku keseorangan pasti dia akan muncul. Berkali-kali aku ingatkan diriku agar tidak mengingatinya. Tapi... entahlah.. aku penat...
Tuesday, July 12, 2011
Penatnye...
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 9:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 cerita anda:
alamak...we are on the same boat...my advise, u cant be alone...find someone...
maybe ader sesuatu di sebalik apa yang berlaku..kita sebagai hambanya perlu redha..doakan dia bahagia..kadang kata menyintai tak semestinya memeliki..hidup perlu diteruskan..
apa yang berlaku pasti ader sebab..teruskan tabah dan kuat..
Tam: I try to find someone, tapi pintu hati ni masih tak terbuka.
Anonymous: Thanks a lot... =)
Enuni: Order-order....
Post a Comment