BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 19, 2011

Terubat Kerinduanku

Hari Ahad baru-baru ni aku ada menghadiri majlis cukur jambul anak buah dia. Pada mulanya aku takut nak pergi sebab aku tak tahu perasaan yang macam mana aku akan alami nanti. Tapi memandangkan mak cik beria-ia nak aku datang, dan diriku sendiri sangat merindukan keluarga itu, aku nekad untuk hadiri majlis tersebut.

Aku datang bersama sepupuku. Kedatangan kami memberi sedikit kejutan pada mereka. Mungkin mereka tidak menyangka akan kehadiran kami. Dari jauh dia memandang kami. Kami di sambut mesra oleh keluarganya. Setelah selesai kami menjamu selera, kami bergambar bersama-sama. Sebagai kenangan. Entah lepas ni jumpa lagi ke tak. Lepas tu kami tolong uli tepung untuk di buat bubur.

Semasa acara majlis cukur jambul diadakan, aku di minta memberikan chocolate kepada para tetamu. Dan aku tinggalkan dia bersama sepupuku. Entah apalah yang di bualkan. Pelbagai pesanan yang di berikan oleh kakak-kakak dan mak cik bagi memujuk perasaanku. Aku sebak. Aku ingat hanya hatiku hancur tapi mereka juga merasakan yang sama.

Aku kuatkan diriku agar tidak menitiskan air mataku saat itu. Aku gagahkan diriku agar tetap ketawa, tersenyum walau dalam hatiku sedang menangis. Setelah itu, aku tumpang solat di rumah itu. Selesai solat aku menjamah sedikit bubur hasil tangan sendiri tadi.. Kemudian kami minta izin mengundurkan diri.

Terima Kasih aku ucapkan pada Mak cik, Pak Cik, Kak Long, Kak Ngah, Kak Ana, Tyka and the Family,dan semuanya kerana sudi terima aku dalam keluarga mereka.

0 cerita anda: