BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 9, 2011

Biarku Menjaga Cintamu 10

Selesai kelas pagi itu, Nairah terus menuju ke sebuah taman di hadapan perpustakaan untuk berjumpa dengan Fariz dan Nizam. Rizal ingin sekali menemankan Nairah, namun Nairah memintanya agar tidak turut serta. Rizal akur.

“Hai, sorry lambat sikit.” Sapa Nairah.
“Yela mane tak lambat kalau dating tak ingat dunia.” Jawab Fariz dengan nada geram. Nairah memandang Fariz, moodnya sedikit tidak tenang ketika dibalas Fariz begitu. Namun dia cuba bersabar.

“Aku pergi cari buku kat library kejap ye. Korang searchlah dekat internet dulu.” Pinta Nizam.
Fariz dan Nairah tekun menghadap laptop masing-masing. Sesekali mereka berbincang tentanfg isi-isi yang perlu. Tiba-tiba seseorang merapati meja mereka dengan langkah yang begitu pantas. Yang pasti seseorang itu telah lama memperhatikan Nairah dan Fariz.

“Oh, kat sinilah korang selalu jumpa, dating!” Teriak Eriana kuat. Raihana berdiri dibelakang Eriana cuba menghalangnya. Fariz dan Nairah masing-masing terkejut.
“Apa ni Ana? Kitorang tengah berbincang ni.” Jawab Fariz cuba mengawal keadaan.
“Tak payahlah nak menipu. Kau ni tak kenapa asyik dengan Fariz je!” Eriana bersuara lantang dan dengan pantas tangannya menampar pipi Nairah yang mulus itu. Eriana terkedu. Tangan kirinya menekup pipi kiri yang pedih itu.

Raihana menarik Eriana menjauhi Nairah. Nizam yang terlihat akan kejadian itu segera berlari mendekati mereka.

“Ana! Kenapa buat perangai macam ni?” Tengking Fariz.
“Awak tipu, kata ada discussionlah, bertigalah abis ni apa? Mana sorang lagi?” Jerkah Eriana sudah tidak tertahan lagi marahnya pada Fariz dan Nairah.
“Akulah yang ketiga tu. Aku pergil library cari buku. Kenapa?” Sampuk Nizam.
“Kau tolong jangan nak bersubahat dengan diaorang ye.” Marah Eriana.
“Apa pula, betullah, bag aku pun ada tu kat meja tu.” Jawab Nizam dengan muka selamba.

Eriana memandang ke arah bag tersebut. Merah padam mukanya menahan malu. Dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga. Raihana mengikut langkah Eriana. Fariz dan Nizam memandang Nairah yang masih kaku dan diam seribu bahasa.

“Ira, kau ok ke?” Tanya Fariz.
“Ok.” Jawab Nairah perlahan. Fariz melihat darah mengalir di hujung bibir kirinya. Dia memberi tisu kepada Nairah. Nairah mengambil lantas mengelap sisa darah di bibir.
“Sorry sebab Ana buat awak macam ni.” Fariz bersuara.
“Aku tak sukalah girlfriend kau buat macam tu.” Sampuk Nizam.
“Tak pelah aku ok. Nairah menutup laptopnya dan memasukkan buku dan laptop itu di dalam beg. Emosinya sedikit terganggu. Aku balik dulu ye. Esoklah kita sambung assignment tu.” Nairah bersuara. Lantas melangkah pergi menuju ke perhentian bas. Syukur ketika itu bas baru sampai Nairah terus naik. Nairah berhenti di hadapan klinik.

“Nurse, boleh saya jumpa doktor?” Pinta Nairah.
“Boleh, Bagi nombor kad pengenalan.” Jururawat itu mencari-cari rekod Nairah. Nairah berjalan ke ruang menunggu. Beberapa ketika kemudian, Namanya dipanggil. Nairah segera melangkah masuk ke dalam bilik doktor.
“Ye Nairah, Sila duduk.” Pinta doktor itu.
“Terima kasih.” Jawab Nairah lalu duduk di kerusi berhadapan dengan doktor.
“Kenapa Nairah?” Tanya doktor.
“Macam ni, baru-baru ni saya kerap sakit di bahagian belakang. Saya nak tahu ada cara untuk mengubatinya?” Adu Nairah.
“Nairah, sakit macam tu merupakan perkara biasa bagi pesakit yang menghidap mieologenus akut. Kamu perlu menjalani rawatan susulan di hospital. Buat masa ni saya boleh bagi ubat tahan sakit sahaja dan kamu makan bila perlu.” Jawab Doktor itu.
Nairah mengangguk faham.

“Nairah, kenapa pipi kamu tu lebam?” Tanya doktor tersebut pelik melihat tanda lebam yang nampak seperti baru di pukul.
“Oh, tadi saya terlanggar pintu.” Nairah berbohong tidak mahu memanjangkan cerita.
“Ok. Lain kali hati-hati ye.” Pesan doktor.
“Baiklah. Terima kasih doktor.” Jawab Nairah bangun lalu keluar dan terus ke kaunter ubat.

Bersambung...

0 cerita anda: