BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 9, 2011

Biarku Menjaga Cintamu 11

Eriana pulang ke apartmentnya selepas kejadian itu. Sakit hatinya bila terkenang kembali peristiwa petang tadi. Dia menghempas pintu biliknya sekuat hati sehingga mengejutkan Asma dan Eyna yang berada di ruang tamu.

“Tak guna betul. Semua nak sakitkan hati aku.” Eriana bermonolog sendirian. Tangannya menepuk-nepuk bantal melepaskan geram. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Ada pesanan ringkas dari Fariz.
“Ana awak ok?” Tanya Fariz.
‘Buat sakit hati aku je. Pergilah layan skandal kau tu’ Bentak Eriana dalam hati lantas telefon bimbit itu dimatikan. Lalu dicampakkan ke lantai. Habis berkecai.

Asma dan Eyna tidak berani menanyakan tentang Eriana. Mereka juga tidak suka melihat Eriana berperangai begitu. Nor tiba dimuka pintu lalu memberi salam. Lantas salam itu disambut oleh Eyna dan Asma. Nor memandang muka mereka dengan pandangan pelik.

“Korang ni kenapa?” Tanya Nor.
Eyna dan Asma saling berpandangan.
“Kau jangan tergur Ana tau hari ni sebab dia bad mood” Pesan Asma.
“Kenapa dia macam tu” tanya Nor.
“Kitorang pun tak tahu. Balik tadi dia menghempas pintu.” Cerita Eyna.
“Hmm, lantaklah malas aku nak masuk campur.” Jawab Nor.

Beberapa minit kemudian Nairah muncul di hadapan pintu. Dia memberi salam lalu terus duduk menyelit di antara Eyna dan Asma di ruang tamu.

“Eh, pergilah mandi busuk tau.” Tegur Eyna.
“Ala, sekali sekala kau bau hehhe..” Usik Nairah.
“Ish.” Eyna mencebik melihat gelegat rakannya itu. Asma memerhati sambil tersenyum.
“Nor dah balik?” Tanya Nairah.
“Dah ada kat dalam bilik tu.” Jawab Asma. Sambil memandang muka Nairah. Kemudian dia terpandang kesan lebam di tepi bibir Nairah.
“Ira, kenapa bibir kau tu?” Tanya Asma.
“Oh, tak de pape. Tergigit tadi.” Jawab Nairah cuba menyembunyikan perkara sebenar.
“Yeke? Macam kena pukul je.” Teka Asma.
“Cakap pasal pukul tadikan Ana balik mengamuk-ngamuk.” Cerita Eyna.
“Ha’ah takut kitorang nak tegur dia.” Sampuk Asma pula.

Nairah berdebar-debar mendengar cerita dari rakan-rakannya itu. Hatinya berkira-kira untuk pergi meminta maaf dari Eriana. Namun rasa bersalah tetap menghantui. Nairah bangun menuju ke bilik Eriana. Pintu diketuk. Lalu Eriana membuka pintu. Melihat wajah Nairah hatinya kembali panas.

“Kau nak apa lagi?” tengking Eriana. Nairah terkedu.
“Erm Ana, sebenarnya kau salah faham aku dengan Fariz tu tak de ape-ape pun.” Terang Nairah.
“Sudahlah!” Jerit Eriana lagi.
“Dengarlah dulu, aku dengan Fariz tu satu kelas dan satu kumpulan. Kami memang ada discussion tadi. Tolonglah faham. Kesian kau buat Fariz macam tu tadi.” Terang Nairah lagi.
“Eh, kau boleh je cari orang lain untuk jadi group kaukan? Apasal kau ambik Fariz tu?” Tanya Eriana.
“Aku, Nizam dan Fariz dah biasa kerjasama.” Jawab Nairah.
Eyna dan Asma merapati mereka. Nor juga turut keluar dari bilik.
“Tipulah. Aku tak percaya!” Eriana teriak lalu menolak Nairah kuat. Nairah jatuh terjelopok tepi meja makan.
“Eh, Ira dengan Fariz dah lama kenallah. Dari diploma lagi.” Eyna cuba membetulkan keadaan. Asma membantu Nairah.
“Mana kau tahu?” Tanya Eriana.
“Sebab kitorang semua satu kelas dulu. Kau jangan nak cari pasal. Kau tu yang dah rampas Fariz dari Nairah. “ Eyna membalas pertanyaan Eriana.

Eriana terkejut dengan pejelasan itu. Memandang Nairah dengan pandangan yang tajam. Lantas dia membaling semua yang ada di atas meja pada Nairah. Asma dan Nor menarik Nairah masuk ke dalam bilik. Eyna juga masuk ke dalam bilik.

Asma mendail nombor Fariz. Matanya memandang Nairah yang lemah. Hidungnya berdarah. Nor mengelap darah itu dengan tisu. Nairah terasa sakit pada tulang belakangnya. Dia cuba bertenang. Tiba –tiba padangannya berpinar. Hanya kedengaran suara Asma sayup-sayup sedang bercakap dengan telefon. Nairah tidak sedarkan diri.

Bersambung...

0 cerita anda: