Di ruang tamu Asma dan Nor sedang asyik menonton televisyen. Eyna pula didapur sedang buat air untuk mereka. Eriana yang baru muncul dipintu turut duduk disofa bagi melepaskan lelahnya. Geramnya pada Fariz masih tidak hilang.
Tidak lama selepas itu Nairah pula muncul di muka pintu. Melihatkan jam di dinding sudah pukul 6.30 petang, dia segera meluru ke bilik untuk mengerjakan solat Asar. Eriana mula membahang melihat Nairah. Dia teringat akan peristiwa yang di ceritakan oleh Fariz. Lantas dia bangun lalu terus masuk ke bilik.
Selesai solat, nairah menuju ke ruang tamu di mana sahabat-sahabatnya sedang asyik menonton televisyen.
“Cerita apa yang korang tengok ni?” Tanya Nairah.
“Cerita Dewa Cinta. Best la cerita ni.” Jawab Nor.
“Yeke, siapa pelakonnya?” Tanya Nairah lagi.
“Ada Black Mentor, Fasha Sanda, Iqram.” Jawab Asma.
Mereka meneruskan menonton cerita itu. Tiba-tiba Nairah mula merasakan sakit yang amat sangat di bahagian belakang. Dia bingkas bangun lalu meluru ke bilik. Nairah baring di katil menahan sakit. Berbepeluh-peluh dahinya. Nairah berguling di atas katil, air mata yang jernih mula mengalir. Bantal digenggam erat. Dia tidak sedarkan diri.
Asma masuk ke bilik jam 10 malam. Melihat Nairah sudah tertidur dia terus memadamkan lampu. Berat benar matanya. Segala kelengkapan untuk esok sudah di sediakan. Dia terus duduk di katil lalu menarik selimut dan melelapkan mata.
Jam loceng berdering pukul 6.00 pagi. Asma bangun mematikan bunyi jam loceng lalu mlipat selimut. Dilihat Nairah masih lagi tidak sedar. Asma turun dari katil lalu melangkah ke arah katil Nairah. Bahu Nairah digerak-gerakkan agar Nairah tersedar.
Nairah bangun. Badannya terasa lemah sangat, digagahkan juga menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Nairah meminta Asma mengejutkan rakan-rakannya yang lain.
Selesai mengerjakan solat Nairah mencapai baju kurung kuning muda lalu disarungkan. Asma pula mengenakan T-Shirt lengan panjang berwarna ungu. Menampakkan susuk tubuhnya yang cantik. Setelah selesai bersolek, mereka sama-sama menuju ke ruang makan kali ini Asma ingin membuatkan sarapan.
Eyna dan Nor keluar serentak. Lantas menuju ke ruang makan. Mereka hanya sarapan roti sahaja pagi itu. Eriana keluar dari bilik, hajat hati ingin menuju ke ruang makan, namun hatinya sakit melihat Nairah terus dia menuju ke pintu.
“Ana, tak nak sarapan ke?” Soal Asma.
“Tak de seleralah.” Jawab Eriana geram.
“Kenapa? Tak sihat ye?” Soal Nor pula.
“Tak delah aku ok je. Aku pergi dululah. Bye.” Jawab Eriana lantas berlalu pergi.
Mereka semua pelik dengan sikap Eriana pada pagi itu.
“Kenapa dengan Ana tu?” Tanya Nor.
“Ntah, gaduh dengan boy dialah tu.” Agak Eyna.
“Eyna, kau kenal ke boyfriend dia sape?” Tanya Asma.
“Tak kenal pun. Aku tak pernah nampak diorang dating.” Jawab Eyna.
Nairah hanya mendiamkan diri. Tidak mahu turut mengata tentang Eriana. Mereka minum dan makan roti yangtelah disapu dengan kaya. Selesai makan mereka menuju ke perhentian bas seperti biasa.
“Selamat pagi Nairah.” Sapa Rizal.
“Selamat pagi. Wah, cerianya pagi ni kenapa?” Tanya Nairah sambil tersenyum.
“Eh, saya hari-hari happy. Cuma awak tu yang tak perasan.”Jawab Rizal.
“Oh, macam tu ye.”Nairah membalas.
“Boleh tak kalau saya duduk sebelah awak. Kosongkan?” Pinta Rizal sambil menunjuk ke arah kerusi di sebelah tempat duduk Nairah. Sememangnya kerusi itu kosong sejak dari dulu.
“Erm…” Nairah berkira-kira untuk memberi jawapan.
“Ok, terima kasih.” Jawab Rizal terus duduk di situ. Nairah diam dan membiarkan sahaja Rizal duduk di sebelahnya.
Nizam, Fariz dan beberapa pelajar lelaki masuk ke kelas, mereka terkejut melihat Rizal duduk disebelah Nairah. Fariz menahan rasa cemburunya.
“Wah, Rizal, Irah, dah pandai sekarang.” Tegur salah seorang dari mereka.
“Eh, korang ni memandai je.” Jawab Rizal. Nairah hanya tersipu-sipu malu ditegur begitu. Matanya terpandang wajah Fariz yang turut memandangnya.
‘Mengapa Fariz memandangku begitu? Dia cemburu?’ Detik hati Nairah.
‘Aku sendiri tak faham dengan perangaiku sendiri Nairah. Mungkin aku masih sayangkan kau Nairah.’ Getus hati Fariz.
Nairah segera melarikan pandangan apabila Fariz menghampiri mejanya. Nairah gementar.Pelbagai persoalan mula menujah-nujah ke kepala.
“Ira, jangan lupa petang ni kita ada discussion.” Fariz mengingatkan Nairah.
Nairah terfikir-fikir perbincangan tentang apa yang ingin Fariz lakukan. Kemudian dia membuka diarinya. Masih ada tugasan yang memerlukan kerjasama antara dia, Fariz dan Nizam. Rizal memandang Fariz dengan pandangan yang agak tajam.
Bersambung...
Thursday, August 4, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 9
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 10:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment