Kereta Fariz diparkir di hadapan blok dimana kuliah mereka sering diadakan. Nairah mengucapkan terima kasih. Fariz hanya tersenyum. Nairah keluar dari kereta itu bersama Fariz. Tanpa disangka, ada yang memerhati gelagat mereka.
Mereka berjalan seiringan menuju ke kelas. Pensyarah masih belum datang. Kelas pula bising macam biasa. Nairah memilih untuk duduk dihujung skali berdekatan dengan dinding. Kerana itu memang tempat kegemarannya. Paling penting dia membelakangkan Fariz keran tidak mahu tumpuannya terganggu.
Fariz, Nizam dan beberapa pelajar lelaki lain lebih gemar duduk di belakang sekali. Mudah bagi mereka untuk mengelat.
“Fariz, kau datang dengan Ira ke?”Tanya Nizam
“Ha’ah, aku tengok dia tengah tunggu bas tadi, alang-alang aku tumpangkanlah dia.” Jawab Fariz.
“Tadi aku nampak awek kau kat perpustakaan. Ingatkan dengan kau.” Sambung Nizam lagi.
“Ye ke, habis dia dengan siapa?” Tanya Fariz.
“Ntah aku tengok dia sorang je. Aku tak lama pun kat situ.” Jawab Nizam.
Salah seorang budak lelaki di situ sering memerhatikan Nairah yang sentiasa tersenyum mendengar cerita rakan-rakan sekelasnya. Rizal, seorang lelaki yang agak tinggi, berpakaian kemas dan ringkas. Mempunyai perwatakan yang menarik dan sangat bijak.
Rizal sudah mula jatuh hati pada Nairah semenjak hari pertama Nairah berada disitu. Namun dia tidak pernah sekali pun menegur Nairah. Namun hari ini dia nekad untuk berjumpa dengan Nairah. Tidak kisahkan lagi perasaan malu itu.
Pensyarah mula masuk. Pengajaran bermula seperti biasa. Sesekali pensyarah mengajukan beberapa soalan. Rizal dan beberapa pelajar perempuan gemar menjawab soalan yang diajukan secara spontan.
Nairah juga perasan kewujudan Rizal di situ. Namun dia juga malu untuk memulakan salam perkenalan. Lalu dibiarkan sahaja. Dia lebih selesa berkawan dengan gadis-gadis yang berada di dalam kelas teresebut.
Sementara itu, Eriana masih lagi diperpustakaan sedang asyik membaca mencari maklumat untuk melengkapkan tugasa yang diberi. Datang pula seorang rakannya. Raihana, bermuka bujur sirih dan kulit yang kuning langsat. Gadis itu merapati meja yang diduduki oleh Eriana.
“Ana!” Tergur Raihana.
“Hish kau ni kat library pun nak buat aku terkejut.”Marah Eriana.
“Hehehe… Sorry ler. Janganlah marah Ana.”Pujuk Raihana. Eriana mencebik.
“Hari ini kau tak pergi dating ke Ana?” Tanya Raihana.
Eriana meletakkan buku itu di atas meja. Lalu tangannya mencapai telefon bimbit di sebelah buku itu. Di lihat pada skrin telefon bimbit, tiada satu pesanan ringkas pun yang masuk. Dia sebenarnya menanti pesanan dari Fariz.
“Kejap lagi pukul 5 petang.” Jawab Eriana.
“Oh, Fariz pergi mana?” Tanya Raihana lagi.
“Dia ada kelaslah.” Jawab Eriana.
“Oh, yelah tadi aku nampak dia baru sampai turun dari kereta dengan seorang perempuan.” Ingat Raihana sambil membayangkan peristiwa tadi.
“Perempuan? Siapa?” Tanya Eriana. Curiga dengan Fariz.
“Entahlah. Aku tak kenal sangat.”Jawab Raihana.
“Betul ke ni? Ke kau saja? Tanya Eriana inginkan kepastian.
“Betullah. Takkan aku nak tipu kau pula.” Jawab Raihana.
Eriana terdiam. Cemburu mula menguasai diri. Bayangannya mula pada Fariz dan perempuan lain. Raihana juga turut berdiam. Rasa bersalah pula menyampaikan berita tersebut kepada Eriana. Namun baginya Eriana perlu tahu akan hal itu.
“Ok kelas, ada apa-apa yang kamu tak faham boleh datang jumpa saya. Kalau tak de apa-apa kamu boleh balik.” Ucap pensyarah itu menamatkan kelas pada petang tersebut.
Ada 3 orang pelajar merapati meja pensyarah lalu menanyakan beberapa soalan. Nairah pula sibuk mengemas buku lalu di masukkan ke dalam beg. Fariz dan Ijam keluar beriringan. Rizal berjalan merapati meja Nairah. Nairah agak terkejut melihat dia berada di sisi.
“Hi.”Tergur Rizal.
“Hi.”Jawab Nairah.
“Nak balik dah ke?” Tanya Rizal.
“Yelah, nanti kena tinggal bas pula.” Jawab Nairah sambail tersenyum mempamirkan barisan gigi yang cantik membuatkan senyumannya nampak lebih menawan. Rizal terpegun lalu cuba mengawal dirinya.
“Emm, Ira boleh tak kalau sy nak borak-borak dengan awak kejap.” Pinta Rizal.
“Penting ke?” Tanya Nairah.
“Erm.. tak delah penting sangat tapi saya betul-betul bosan. Bolehkan?” Rayu Rizal.
“Ok. Ok. Tapi kejap je ye, takut tertinggal baslah..” Jawab Nairah.
Mereka keluar kelas seiringan. Berjalan menuruni tangga sambil berbual-bual. Taman yang berdekatan di situ menjadi pilihan mereka. Kelakuan mereka diperhatikan oleh Fariz dan Nizam.
“Eh, Boleh tahan juga Si Rizal tu, ingatkan pemalu.” Tegur Nizam. Fariz tidak berkata apa-apa. Hanya menahan satu perasaan geram. Mungkin itu cemburu. Entah kenapa cemburu itu menguasai diri.
‘Kenapa dengan aku ni? Aku tak sepatutnya cemburu. Nairah bukan milik aku lagi.” Detik hatinya.
Mereka berjalan berpecah. Eriana sudah menunggu di pintu kereta Fariz. Nizam sudah menaiki motornya. Fariz memasuki kereta Eriana turut melakukan yang sama. Fariz memandang wajah Eriana yang agak masam.
“Kenapa ni?” tanya Fariz.
“Saya ada benda nak tanya awak.” Jawab Eriana.
“Apa dia?”Tanya Fariz lagi.
“Awak betol ke ada kelas tadi?” soal Eriana.
“Ye la, nampak tak saya pegang buku tu.” Jawab Fariz sedikit tinggi suara.
“Habis tu perempuan yang masuk dalam kereta tadi tu siapa?” Tanya Eriana tidak puas hati.
“Itu Nairahlah. Tadi on the way nak pergi kelas saya nampak dia kat bus station, so saya ajak dia tumpang saya.” Jawab Fariz. Puas hati melepaskan geramnya.
“Dahlah. Hantar saya balik.” Pinta Eriana. Sebenarnya malu dengan tindakannya tadi.
“Tak nak keluar ke?” Soal Fariz lagi.
“Tak de mood dah.” Jawab Eriana.
“Ok.” Jawab Fariz pula.
Fariz memecut laju keretanya. Menuju ke arah apartment yang diduduki oleh Eriana. Dia geram melihat Eriana berperangai sebegitu. Cemburu tidak tentu pasal. Eriana juga tahu Fariz marah dengannya. Namun dia hanya berdiam sahaja.
Bersambung…
Wednesday, August 3, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 8
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 12:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment