BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 12, 2011

..............

Aku tak tahu kenapa aku disampaikan berita itu. Hati yang telah retak menanti belah kini hancur bersama harapan. Mungkin aku masih mengharap sinar akan muncul kembali kerana itu doa tidak putus-putus ku panjatkan. Namun kehadiran berita itu bagai melunturkan semangat aku. Kalau diikutkan semangnya aku tiada harapan lagi.

Aku tetap berdoa dan bermohon kepadaNya, kerana dia Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Berita itu ku tolak ke tepi. Aku masih mencari sinar dulu. Aku masih mengharap. Dan aku tahu kali ini Berita yang lebih hebat lagi akan ku temui. Aku harap aku boleh bertahan sehingga sinar itu muncul.

Seandainya berita pencarian aku ini disampaikan, apakah sinar itu akan kembali? Atau hanya mengikuti berita itu sehingga ke akhir nanti?

0 cerita anda: