BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 12, 2011

Biarku Menjaga Cintamu 13

“Mak cik.” Tegur Nairah sambil tersenyum.
“Eh, Ira, mari sini makan.” Balas Puan Rabitah.

Nairah mengangguk lalu duduk bersebelahan dengan Puan Rabitah di meja makan. Fariz pula memilih untuk duduk berhadapan dengan ibunya. Mereka bersama menjamu selera. Selesai makan, Nairah membantu Puan Rabitah di dapur. Fariz pula sibuk menghadap komputernya.

Setelah itu Nairah kembali kedalam bilik untuk mengemaskan pakaiannya.Tiba-tiba terasa sakit di bahagian tulang belakangnya. Nairah duduk di atas katil mencari cari ubat yang di letakkan di dalam poket baju kurungnya selepas mengambil ubat itu dari klinik semalam.

Segera Nairah menelan ubat itu. Berpeluh-peluh Nairah dibuatnya menahan sakit. Airmatanya
mengalir deras. Sakit itu beransur hilang sedikit demi sedikit. Setelah lega, Nairah keluar dari kamar lalu menghampiri Fariz yang sedang asyik main permainan di telefon bimbitnya.

“Fariz, saya ingat nak balik petang ni.” Nairah bersuara.
“Kenapa?” Tanya Fariz berkerut dahinya.
“Yela, segan pula saya nak duduk sini lama-lama. Lagipun saya tak nak menyusahkan siapa-siapa.” Jawab Nairah tenang.
“Tak susah pun. Lagipun tak de orang nak awak balik. Diorang suka awak kat sini.” Jawab Fariz acuh tak acuh.
“Janganlah macam tu lagi pun saya ..”
“Tak pe jangan risau esok hari Sabtu. Lagipun kalau awak balik mesti gaduh lagi dengan Ana.” Pintas Fariz.
“Nak tak nak saya tetap akan berhadapan dengan Ana. Dia housemate saya.” Jawab Nairah.
“Ok. Saya hantar awak balik.” Jawab Fariz sambil melepaskan keluh kecil.
“Tak pelah, saya naik teksi lagipun awak macam berat je.” Jawab Nairah serba salah rasanya.
“Tak pe saya boleh hantar awak.” Jawab Fariz dengan senyuman yang dibuat-buat.

Nairah bersalaman dengan Puan Rabitah. Sayu hatinya melihat wanita itu menangisi permergiannya. Nairah sendiri tidak dapat menahan air matanya lagi. Entah bila lagi mereka akan berjumpa.
Fariz sudah masuk ke dalam kereta dan enjin kereta di hidupkan. Nairah keluar lalu melambai tangan ke arah Puan Rabitah yang berada di pintu. Dia mengesat airmatanya sebelum masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan mereka diam seribu bahasa. Fariz mungkin tak tahu betapa bahagianya Nairah apabila bersama dengan ahli keluarga Fariz. Namun tiada siapa mampu mengubah takdir. Nairah redha.

“Terima Kasih sebab hantar saya dan selamatkan saya semalam.” Ucap Nairah.
“Sama-sama.” Jawab Fariz.
“Saya nak minta maaf banyak-banyak kat awak kalau saya ada buat salah, silap dulu sampai sekarang. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak bahagia dengan jalan hidup yang awak pilih.” Ucap Nairah lagi.
“Saya pun nak minta maaf juga kat awak sebab libatkan awak dalam hal ni.” Balas Fariz.

Nairah keluar dari kereta lalu terus berlalu menuju ke blok apartmentnya. Fariz sudah memecut laju keretanya. Tiba-tiba darah mengalir deras menitis tudung dan bajunya. Pandangan Nairah berpinar. Nairah merasakan suatu beban menghempap tubuhnya lalu dia terkulai tidak sedarkan diri.

“Ira, bangunlah.” Asma bersuara sedu-sedu.
“Ira, kenapa tak bagitahu perkara sebenar?” Nor bersuara pula Eyna hanya mampu menangis. Tiada kata dapat diucap setelah doktor memberi tahu Nairah dalam keadaan kritikal.

Nairah membuka matanya perlahan. Dirasakan seluruh badannya tidak dapat digerakkan Setelah dua hari dia tidak sedarkan diri. Dia menoleh melihat Eyna, Nor dan Asma yang sedang tersenyum memandangnya.

“Aku kat mana ni?” Tanya Nairah dengan suara yang lemah.
“Ira, kau dekat hospital. Kau tak sedarkan diri.” Jawab Nor.
“Ira, kenapa kau tak beritahu kitorang?” Tanya Eyna.
“Aku tak nak korang bimbang tentang aku. Aku minta maaf sebab dah banyak menyusahkan korang. Aku juga mungkin banyak dosa dengan korang. Aku minta maaf sangat. “Nairah bersuara dan kali ini airmatanya mengalir deras.

Mereka yang lain tidak dapat berkata-kata. Masing-masing menangis tersedu-sedu tidak dapat mengawal perasaan setelah mendengar Nairah berbicara begitu.
“Asma, aku minta tolong kau sampaikan salam maaf aku kat Ana dan Fariz ye.” Nairah bersuara lagi.
“Fariz ada cari kau Nairah, tapi kitorang tak beritahu kau kat sini.” Jawab Nor.
“Sebenarnya aku dah tahu Fariz mempunyai teman lain sebelum aku masuk belajar lagi. Cuma aku tak tahu siapa. Jujur aku cakap aku masih sayangkan Fariz sehingga sekarang, mungkin sehingga akhir nafas aku. Aku redha dengan pilihan dia. Biarkan aku jaga cinta ni.” Terang Nairah.
Nairah mengesat airmatanya lalu tersenyum lega melepaskan segalanya.

“Korang boleh tolong aku tak?” Tanya Nairah.
“Tolong ape?” Tanya Asma.
“Aku lapar dan haus sangat. Boleh tak tolong belikan makanan?” Tanya Nairah.
“Boleh, kitorang pergi sekarang ok.” Jawab Nor.

Mereka bertiga berlalu pergi meninggalkan Nairah sendirian. Nairah ternampak wajah Ayah, Ibu, abang dan adik-adiknya. Nairah mengucap dua kalimah syahadah lalu menghembuskan nafas terakhirnya.

Semua ahli keluarga Nairah, ahli keluarga Fariz dan rakan-rakan menghadiri pengembumian Nairah. Fariz terasa begitu ralat sekali. Asma telah memberitahu segalanya. Fariz menyesal kerana tidak menghargai Nairah dulu. Menyesal tidak bersyukur di atas kehadiran Nairah dalam keluarganya. Namun segalanya tidak berguna. Nairah membawa cintanya pergi untuk selama-lamanya.

TAMAT

3 cerita anda:

Eja Razif said...

sedihnya....!!!!!

LuLa- said...

Jangan nangis tau..

Unknown said...

Abadikan nukilan ni dalam novel. Bagus nukilan ni. Akak tunggu nukilan yang seterusnya. :)