BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 9, 2011

Dunia Baruku

Esok aku akan berangkat ke Puncak Alam. Aku menyewa sebuah rumah di sana. Menurut rakan-rakanku yang juga merupakan teman satu rumah, tempat tu dekat dengan kampus. Setelah segala pengalaman manis, pahit, suka, duka, yang berlaku di Kampus Jengka dulu aku jadikan satu kenangan yang paling indah dalam hidupku. Rindu... Rindu sangat untuk kembali bersama semua orang...

Kehidupan aku seterusnya akan bermula apabila aku menjejakkan kaki di Puncak Alam. Cerita aku mungkin mengenai segala pengalaman ku di sana. Aku harap cerita Biarkan Aku Menjaga Cintamu tidak berulang lagi dan tiada kesinambungannya. Namun aku tahu, separuh dari cerita itu telah menjadi kenyataan yang juga merupakan satu cabaran buatku.

Cabaran.. Mungkin sakit. Tapi bukan besar mana cabaran yang dipersoalkan.. malah setabah mana kita menghadapi cabaran tersebut, Sekuat mana kita mampu berdiri, dan Sesabar mana kita dalam meniti dugaan itu.

Ada yang tahu dan ada yang tidak.. Yang tahu, biarkanlah ia berlalu.. bagi yang tidak, jangan di tanya mengapa, bila, dimana, siapa, bagaimana, apa? Anda sendiri akan tahu jawapannya satu hari nanti di menara gading kita yang seterusnya.

Dunia baruku Dunia yang aku corakkan warnanya dengan warna warni yang telah dicipta. Akan aku serikan dengan cahaya.. akan aku sulamkan dengan getaran. kerana hidup ada pasang surutnya..

8 cerita anda:

tamlegend said...

sewa umah katne???hehe...lula amik kos ape???sy keje kat kedai photostat kat dlm kampus Puncak Alam...

LuLa- said...

kat Astana alam 1.. Kos health Admin.. Oh tam keje situ ye nanti ley r jumpe hehehe...

tamlegend said...

hehehe...kena cari la dlu...cik tam sudah pastinya hitam...kedai ada kat bangunan plaza satelit B tingkat 4.

LuLa- said...

Tula pasal... Tapi tak familiar lagi la kat uitm n jalan kat sini.. nak naik bas pun tak tau... hehehe... tapi blaja gak la...

tamlegend said...

nak cik tam ajarkan ke???cik tam ptg td ada kat puncak alam...dok tgk umah...umah cik tam pun ada dak UiTM sewa...

LuLa- said...

boleh ke?

tamlegend said...

boleh je...cik tam dtg puncak alam hari mggu je...time keje ni kalo ada nak g menziarah kedai kat dlm UiTM tu jela pun...

LuLa- said...

apa nama kedai cik tam?