BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 13, 2011

Hari 1,2 dan 3..

Hari pertamaku bermula apabila kau melangkahkan kakiku masuk ke rumah sewaku. Cantik, kemas, perabut yang teratur rapi, sesuai dengan bayarannya. Namun tak semuanya sempurna. Ketika itu mesin basuh pakaian rosak dan dapur tiada tong gas. Yang lain Perfect (kata Orang putih) hehehe.. Jana, housemateku telah berada di situ sejak awal pagi lagi. Mungkin dia sekeluarga yang membersihkan rumah itu. Aku menyapa mereka dengan penuh adab sopan seperti yang di terapkan ibu bapaku sejak dari kecil lagi.

Aku melangkah ke bilik untuk mengemas barang-barangku. Kemudian aku meninggalkan Jana sekeluarga di rumah kerana aku ingin membeli sedikit kelengkapan. Agak jauh perjalananku. Tak dapat bayangkan bagaimana aku hendak ke pasaraya atau klinik kerana semuanya agak jauh dari tempat tinggalku. Selesai membeli belah, aku kembali ke rumah sewa dan mula bercerita dengan Jana setelah hampir setahun tidak berjumpa.

****************************************************************************
Keesokkan harinya aku dan Jana bangun seawal 6.00 pagi untuk menunaikan solat, membersihkan diri dan bersiap untuk pergi ke kampus. Sekitar jam 7.10 pagi, kami sudah terpacak di perhentian bas. Bas sampai sekitar 7.20 pagi. Kami agak gementar kerana masing-masing masih tidak mengerti. Jana melangkah ke dalam bas.

"Assalammualaikum Pak Cik, tumpang tanya, bas ini menuju ke UiTM kah?" Tanya Jana.
"Waalaikummussalam. Ye bas ni nak pergi sana." Jawab Pemandu bas tersebut.

Pelbagai soalan yang di ajukan kepada Pak Cik itu. Dengan tenang Pak Cik itu menjawap setiap pertanyaan kami. Hanya kami berdua yang menaiki bas pada pagi itu. Bas mula bergerak pukul 7.30 pagi. Setibanya di sana kami turun lalu menunggu giliran untuk membuat pendaftaran. Rupanya itu untuk pendaftaran kolej sahaja.

Kami tergelak besar kerana tersalah maklumat. Kami mengatur langkah menuju ke Perhentian bas lalu mengambil keputusan untuk terus pulang. Setibanya kami di rumah, ada 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sedang menunggu di hadapan pintu rumah. Rupanya itulah Abang, Mak dan anak buah Tuan rumah kami.

Kedatangan mereka untuk membetulkan mesin basuh kami yang rosak itu. Setelah lelaki itu meneliti, tangannya pula meraba-raba belakang mesin basuh itu untuk mengenal pasti masalah mesin basuh itu. Terjumpa duit syiling 50sen di situ. itu yang membuatkan mesin basuh itu tidak berfungsi. Kami turut terkejut. Lelaki itu hampir saja menengking kami kerana meletakkan duit itu. Namun sempat di sangkal emaknya yang mengatakan

"Diorang ni baru masuk semalam, tak sempat pun nak guna mesin basuh tu." Tegur mak lelaki itu.
"Oh ni mesti orang dulu ni." Agak lelaki itu separuh malu dengan tindakkannya yang menudih tidak tentu pasal.

Aku yang di dapur dari tadi sedang sibuk membancuh kopi dan menghidangkan kuih raya kepada mereka. Sangat gembira 2 orang kanak-kanak itu makan kuih raya itu. Setelah segalanya selesai mereka pun balik.

Tengah hari pula Asmahan sampai. Kami menyambut kedatangannya dengan perasaan gembira. Kami membantunya mengemas segala pakaiannya. setelah itu kami bersembang seperti mana aku dan Jana dulu bersembang. Petang pula Fatimah pula sampai. Kami turut melakukan perkara yang sama. Begitu juga dengan Yana.

Semua ahli dalam rumah ini seramai 5 orang. Tapi kami masih mencari lagi seorang ahli bagi mencukupkan quorum, dan memudahkan kami untuk membayar sewa dan sebagainya.

*********************************************************************

Hari Ketiga pula kami semua bangun seawal 6.00 pagi. lalu kami bersiap menunaikan ibadah solat dan bersiap-siap untuk ke kampus. Asamahan yang sudah siap lebih awal menyediakan sarapan di dapur. Yang lain masih lagi bersiap.

Setelah kami selesai bersarapan, kami terus menuruni anak tangga lalu menuju ke perhentian bas. Pelbagai persoalan di ajukan kepada aku dan Jana oleh rakan2ku yang lain. Persoalan yang sama seperti kami semalam. Kami memberi penjelasan sekadar yang kami tahu.

Sampai di tempat yang di tuju, kami tercari cari bangunan fakulti kami. Macam rusa masuk kampung pun ada kami ni. Terpinga-pinga kami di buatnya. Kami mula bertanya beberapa orang pelajar di sana. Sambutan mereka sangat baik. kami bersyukur.

Kami menghadapi beberapa masalah ketika pendaftaran namun setelah bersusah payag terutamanya ketika mendaki tangga yang agak tinggi untuk sampai ke unit kesihatan, Alhamdulillah kami telah menyelesaikan segalanya hari itu juga.

Terasa bagai hendak menangis kerana kami mula merasakan kepayahan hidup berdikari di sini. Segalanya menguji kesabaran terutama ketika menunggu bas. Kemudian kami mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah pasaraya. Namun setelah kami membeli belah. Kami menunggu hampir 1 jam setengah kehadiran sebuah bas. Tiada satu teksi pun yang lalu dikawasan itu. Kami duduk dihadapan sebuah kedai yang tertutup, masing-masing meluahkan perasaan masing-masing.

Pelbagai perasaan yang dirasa, hendak menangis rindukan rumah kerana kesusahan ini tidak di rasa di rumah. Hendak teriak kerana letih menunggu sesuatu yang tidak pasti akan kehadirannya. Dan Menyesal kerana di tempatkan di sini. Mungkin ini perasaan yang orang baru akan rasa untuk mungkin seminggu, dua ni.

Setelah bas sampai, kami terus menapak ke rumah. sesampai di rumah, suis utama rumah kami rosak. Kami menunaikan solat fardhu Zohor secara bergilir, kemudian kami menelefon Agen rumah sewa kami namun hampa tiada jawapan. Kemudian kami ternampak telefon bimbit di lekatkan di mesin basuh, Jana terus mendail nombor tersebut.

1 jam setengah berlalu, orang itu pun tiba di rumah. Dia mula membelek-belek suis utama itu. setelah di kenal pasti, dia keluar untuk membeli alat ganti suis utama yang telah rosak itu. Abang tuan rumah menelefon, Jana yang jawab.

"Elektrik kat rumah tak de ye?" Tanya lelaki itu.
"Ye. Tapi kami dah telefon orang yang baiki mesin basuh dan dia keluar pergi beli alat ganti suis utama sebentar". Jawab Jana dengan panjang lebar.
"Kenapa tak telefon TNB?"Tanya lelaki itu.
"Kami tak tahu nombor TNB." Jawab Jana.
"Tadi ada orang TNB datang tapi korang semua tak de kat rumah. Kenapa?" Tanya lelaki itu dengan nada suara yang agak tinggi.
"Kami semua ada di rumah sejak pukul 3 petang lagi."Jawab Jana tegas bengang apabila di herdik sebegitu.
"Kejap lagi saya call orang TNB tu, korang tunggu tau." Pesan orang itu marah.

Lelaki yang pergi membeli alat ganti itu telah kembali lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Aku dan Asmahan sedang duduk di sofa sambil membaca novel sekali sekala merilik ke arah lelaki itu.

Kami ada bersuara tidak berpuas hati pada Abang tuan rumah kami kerana dia seperti tidak sengan dengan kami. Mungkin cuba bersikap tegas dengan kami agar tidak menjadi seperti penyewa yang dulu meninggalkan tunggakkan bil yang sangat banyak. Terasa ingin sahaja kami berpindah dari sini. Beberapa ketika, segelanya kembali terang benderang. Semua terenyum gembira. Syukur Alhamdulillah.

2 cerita anda:

tamlegend said...

hehehe...kenapa tak sewa umha cik tam je...tenang dan damai....

LuLa- said...

tak tau pun ada umah sewa kat situ. Cik Tam duk kat area mana?