Pelbagai kata yang dilontarkan bagi meluahkan perasaan tidak puas hati seorang ibu kepada anaknya yang tersayang.. Aku cuba menenangkan hati ibu itu.. dalam hatiku, aku merasa apa yang kau rasa.
Mestinya sakit di hati yang kau rasa.. tapi tidak seperti yang aku rasa. Namun aku tak sampai hati melihat kau sedih. Yelah memang aku macam tu dari dulu, tengok kucing lapar pun aku tak sampai hati.. apa lagi la tengok kau macam tu..
Dan kalau kehadiran aku haritu buatkan kau rasa aku ni bagai mengapi-apikan ibumu yang tersayang, up to you la... Yang pasti niat aku baik. Aku takkan putuskan hubungan silaturrahim yang telah terbina sekian lama.. Begitu juga mama yang sering teringatkan kau wahai sahabatku..
Aku berharap kau tidak ambil hati dengan setiap ucapan marah dari ibumu. Bak kata kau, "hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu kenapa".. Sungguh pun deklamasi sajak kau yang lalu begitu menyakitkan hati, namun aku telan juga.. bak kata hati aku, "what goes around, come back around".
Walaupun hati aku sakit dengan tindakan kau selama ni, menuduh tak tentu pasal, tapi percayalah, sebagai sahabat, aku akan cuba tolong apa yang termampu. Terutama untuk menjernihkan kembali hubungan yang takkan putus itu.
Last skali, aku doakan kebahagiaan kau dengan orang yang terbaru lagi.. dan berharap kau tak ulangi kesilapan kau ke atas aku dan yang selepasku... amin..
Wednesday, January 25, 2012
Bukan salah aku... kot..?
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 9:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment