Hari ini, mood mak sedikit murung. Mungkin ada masalah di tempat kerja agaknya. Along pula meminta pertolonganku untuk mencari iklan pekerjaan. Mama yang melihat aku google pasal kerja, mula bertanya.
“Along still tak dapat kerja lagi ke?” Tanya Mama.
“Belum..” Jawabku pendek. Aku dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas ini.
Seperti biasa Mama mula membuka mulut memulakan ceramahnya mengenai Along, tanggungjawabnya sebagai seorang anak, kerja, umur, khawin dan sebagainya. Aku hanya diam sambil jari telunjukku menggerak-gerakkan mouse, mencari-cari iklan yang Along maksudkan.
Telinga ini sudah penat mendengar bebelan Mama dan Abah tentang Along. Namun aku dengarkan juga. Kini aku dipertanggungjawabkan untuk menasihati Along. Sesungguhnya mulut ini juga penat memberi nasihat. Aku juga turut menjadi pendengar setia untuk adik aku yang selalu iri hati dengan Along. Semua tentang Along.
Along ada meluahkan perasaannya. Dan seperti biasa aku akan menjadi pendengar setia. Bila aku cuba untuk membetulkan keadaan, Aku pula yang tertekan dengan bebelan mama, abah, adik. Lalu aku memutuskan untuk hanya mendengar dan diam.
Semakin lama, hati ini semakin bengkak, sakit, telinga ini sudah nak memuntahkan darah. Terasa kepala ini bagaikan hendak meletup. Mulut ini terasa ingin menjerit membebaskan segalanya yang terbuku. Namun belumku temui masa yang sesuai.
Dari dulu sehingga sekarang, Allah masih tidak henti-henti mengujiku. Sesungguhnya ujian Allah terhadapku ini baru sedikit. Aku bersyukur kerana Allah masih menyayangiku.. Alhamdulillah..
Tuesday, February 14, 2012
Aku Pendengar Yang Setia
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 8:21 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment