BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 20, 2012

Diakah Jodohku??

Entah kenapa dua tiga hari ini aku sering mimpikan Dia. Dia yang telah ku buangkan dari hidupku. Mimpi kali ini memberi kesan padaku. Sehingga tanpaku sedari, air mata mengalir dalam tidur.

Aku bermimpi dia ingin kembali, namun malu untuk menyatakannya. Kami sama-sama memendam perasaan rindu yang dalam, sehingga rasa ingin menjerit-jerit. Ego itu tidak sedikit pun kami turunkan.

Dalam mimpi itu, dia mengajak aku untuk pergi ke majlis perkhawinan bekas teman wanitanya yang pernah merampas dia dariku dulu. Aku terkejut dengan permintaan itu, namun lidahku kelu. Setiap apa yang ditanya oleh dia, tidak dapatku jawap. Mulut pun tidak terbuka. Entah kenapa aku menjadi bisu dikala itu.

Dia banyak menghabiskan masa denganku. Kami makan dan kemudian dia meminta aku untuk menemannya berjumpa bekas teman wanitanya untuk mengucapkan tahniah. Aku hanya menurut. Aku dapat tahu bekas teman wanitanya berkhawin kerana kecewa dengan sikap dia yang telah berlaku curang.

Ya, memang aku tahu. Dia telah curang dengan bekas teman wanitanya sendiri. Ini berlaku secara real dan bukan mimpi. Aku tahu siapa pemilik hatinya sekarang. Apa yang boleh aku katakan, what goes around, come back around.

Kemudian dalam mimpi itu juga, dia mengajak aku ke suatu tempat. Aku menolak, dan melihat dia pergi di kala itu, membuatkan aku rasa aku tidak akan berjumpa dengannya lagi. Dia seolah mahu mengambil dan memujuk hatiku agar kembali, namun aku tidak mampu. Aku dilema. Kerana disaat ini, aku telah pun di amanahkan hati seorang yang benar-benar menyayangiku.

Baru petang tadi aku menyusun gambar rakan-rakanku di dalam album bersama mama. Mama sangat teliti orangnya. Apabila diteliti kembali gambar-gambar itu, terlalu banyak gambar si dia di dalam album. Kata mama agaknya korang ni jodoh la. Aku menyangkal kata-kata mama. Mama bertanya, kenapa? akak tak suka ke? Aku pula menjawap aku hanya mahu dia menjadi rakanku.

Namun, jauh disudut hati kecilku ini, aku inginkan dia kembali. Tapi bagaimana aku harus menyakiti hati orang yang tidak bersalah, yang terlalu mencintaiku? mengapa aku begitu tamak? Oh, Tuhan, ampunilah dosaku, berikanlah aku petunjukMu, Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu..

Amin....

0 cerita anda: