Fia sememangnya tidak menyangka bahawa Shazwan telah membawanya untuk menonton sebuah teater. Shazwan juga terlibat dalam teater tersebut. Fia sememangnya teringin untuk menonton teater akhirnya menjadi realiti juga. Shazwan memperkenalkan Fia pada pensyarahnya. Salah seorang dari pensyarahnya itu merupakan pelakon veteran terkenal. Fia yang agak malu hanya mampu memberi senyuman manis sebagai salam perkenalan.
Pementasan bermula pada jam 8.30 malam. Fia dan Shazwan hanya lepak diluar dewan. Sambil itu bermacam ragam telah mereka ketahui antara satu sama lain. Tapi itu belum cukup membuktikan mereka telah saling mengenali dengan lebih rapat. Masih banyak lagi perkara masih tersembunyi.
Fia terdetik adakah dia bahagia? atau dia hanya sekadar gembira apabila keluar bersama dengan lelaki lain. Mungkin dengan cara ini dia dapat melupakan bekas teman lelakinya itu. Namun, sejauh mana dia boleh lupakan bekas teman lelakinya itu sedangkan mereka masih boleh perlu bersemuka dan bertentang mata. Dapatkah lelaki yang bernama Shazwan itu membuka pintu hati Fia?
Shazwan mengeluarkan kotak rokok. Lalu meletakkan rokok itu di hujung bibirnya. Lantas tangan kanannya mencapai pemetik api dari dalam poket lalu dicucuh pada rokok tersebut. Fia hanya memandang. Satu perasaan tidak enak lahir dari hatinya. Fia sememangnya tidak suka orang yang merokok. Namun dia terpaksa terima kerana terlanjur kata.
Shazwan hanya tersengih apabila melihat Fia memandangnya. Dia tidak sedikit pun rasa bersalah sedangkan dia tahu Fia tidak suka orang yang merokok. Perasaan Fia sudah mula luntur setiap kali asap rokok dihembus keluar dari mulut dan hidung Shazwan. Fia hanya diam membatu. Fia terasa seperti dia telah tersalah membuat keputusan.
Tepat jam 8.00 malam ramai yang sudah berkumpul diruang legar dewan Shazwan meninggalkan Fia disitu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan memandangkan dia turut terlibat dengan teater tersebut. Fia hanya menurut. Walaupun ramai orang disitu, namun Fia hanya bersendirian, hanya mampu tersenyum pada sesipa sahaja yang memandangnya.
Setelah dewan dibuka dan Fia tidak teragak-agak melangkah masuk ke tempat yang telah ditunjukkan oleh Shazwan tadi. Fia memilih untuk duduk di bahagian tengah kerusi. Fia menyaksikan teater tadi dengan penuh minat. Message yang cuba disampaikan oleh teater itu sampai dan sangat mendalam. Fia gembira dan berasa puas. Setelah teater itu tamat, tepukan gemuruh menggemparkan seisi dewan.
Shazwan mengajak Fia pulang. Dalam kereta, tidak banyak yang mereka bualkan. Shazwan sudah mula berasa sedih kerana terpaksa menghantar Fia pulang. Fia pula tidak merasa apa-apa cuma masa ini terlalu pantas berjalan. Mereka berdua tidak tahu bila lagi mereka akan bertemu. Ternyata pertemuan pertama ini mengembirakan hati masing-masing. Ini telah membuahkan rindu sesama mereka...
Friday, July 20, 2012
Restu & Karma 4
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 8:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment