Selang 5 hari mereka berhubung, Panggilan saya, awak bertukar kepada Amour dan Désir. Shazwan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Fia. Fia juga ingin bertemu dengan lelaki yang berani cuba membuka pintu hatinya itu.
Tiba pada masa yang telah dijanjikan..
"Assalammualaikum Amour."
"Waalaikummussalam Désir."
"Désir dah nak bertolak dah ni. Nanti kalau dah sampai Désir call lagi ye."
"ok. Désir. Hati-hati ye."
"Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."
Fia mula bersiap. Baju berwarna ungu jarang menjadi pilihan pada temujanjinya yang pertama itu. Fia padankan dengan inner berwarna hitam dan seluar jeans hitam. Bedak di oles ke pipi begitu juga blusher sebagai penyeri. Bibirnya yang merah itu hanya di sapukan lip gloss. Fia tampil anggun dengan style tudungnya yang tersendiri. Nampak santai tapi kemas.
Dengan hati yang berdebar, Fia tunggu di ruangtamu. Sofa yang berdekatan dengan tingkap menjadi pilihan untuk memudahkan dia melihat bayang kereta yang ditunggu. Telefon bimbit sentiasa ditangan menanti panggillan telefon dari Shazwan. Pelbagai rupa dibayangkan oleh Fia. Tapi sekali-sekala terdetik perasaan sedih kerana apabila terimbau saat pertama kali dia berjumpa dengan bekas kekasihnya dulu.
Selang beberapa jam kemudian, telefon bimbit Fia berbunyi.
"Assalammualaikum Désir."
"Waalaikummuassalam Amour. Désir dah sampai ni."
"Ok Amour turun sekarang."
Bergegas Fia menuruni anak tangga. Hatinya kini berdebar-debar. Bagaimanakah rupa Shazwan yang sebenar? Baikkah dia terhadapku? Bolehkah aku terima dia? Bercampur baur perasaan dalam hati Fia. Otak kini berserabut dengan seribu satu persoalan.
Shazwan menanti dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang gadis bertubuh kecil sedang mengatur langkah ke arahnya. Itukah dia? Comelnya! getus hati Shazwan. Fia memandang ke arahnya sambil tersenyum. Masing-masing terdiam buat seketika.
Rupa dia macam Radhi OAGlah. Getus hati Fia sambil kepala membayangkan wajah Radhi OAG untuk di padankan dengan Shazwan. Fia membuka pintu kereta, memberi salam lalu duduk di sebelah tempat pemandu. Shazwan mula menekan pedal minyak. Kereta kelisa merah metalic itu dipandu laju menuju ke arah Kuala Lumpur. Shazwan ada kejutan untuk Fia.
Dalam kereta itu, Fialah orang akan membuka bicara. Shazwan hanya tersenyum malu. Setelah lama berbual barulah mereka mesra. Fia sudah boleh menyesuaikan diri. Tidak lagi gementar seperti tadi. Namun Shazwan pula masih lagi berdebar. Mungkin dia tidak pernah melihat gadis secomel dan manja seperti Fia...
Wednesday, July 18, 2012
Restu & Karma 3
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 12:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment