BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 24, 2013

Mr. Platipus 2

Aku masih kaku duduk di sisi mama. Lelaki itu telah pun berdiri di sebelahku. Tangan mama lantas dicapai lalu dikucup hormat. Kemudian dia duduk disisiku. Aku masih lagi kaku namun mataku tidak berganjak dari memandangnya. Tiba-tiba terasa pipiku dikucup lembut sekaligus membuat jangtungku berdegup laju bagai terkeluar dari tempatnya.

Keretapi itu mula bergerak. Aku dan dia tidak berkata sepatah pun. Namun setiap pergerakkannya mempamerkan betapa rindunya Mr. Platipus itu denganku dan betapa sayangnya dia terhadapku. Namun aku tidak menunjukkan sebarang reaksi yang menyatakan perasaan sebenarku. Kenapa? Bukankah ini peluang yang sepatutnya aku ambil? Kerana aku masih tahu dia milik orang lain.

Aku masih mampu mengawal emosi aku. Aku hanya melayani perasaan bahagia yang sedang aku rasai ini sehingga bila tiba masanya aku tahu ianya sementara. Mama turut nampak gembira. Mungkin kerana sudah lama tidak melihat aku segembira ini setelah Mr. Platipus melangkah pergi meningalkanku. Rindu mama pada Mr. Platipus juga terubat.

Setelah keretapi itu berhenti diperhentian terakhir, aku, mama dan Mr.Platipus pun turun. Itu juga merupakan  titik terakhir kami. Aku dan mama membawa haluan menuju ke perhentian bas. Manakala Mr.Platipus hanya memandangku dari jauh. Alangkah baik kalau ini semua tidak perlu berakhir. Aku menaiki bas dengan segera melihat ke arah Mr. Platipus dari tingkap. Aku melihat dia berjalan pergi tanpa menoleh ke arahku lagi.

Aku tertanya, mengapa dia hadir untuk bersamaku? Adakah dia mempunyai perasaan yang sama sepertiku? Adakah dia juga merinduiku? Tuk.. Tuk.. Tuk... Bunyi ketukan di telefon bimbitku membuatkan aku tersedar dari tidur. Ternyata aku masih berada di atas katil seperti selalu.

0 cerita anda: