BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 24, 2013

Mr. Platipus 1

Malam tadi aku masih bermimpi tentang Mr. Platipus. Dalam mimpi itu dia hanya berdiam diri, namun setiap pergerakkannya memberi maksud yang tertentu. Sesungguhnya aku berasa sangat terkejut dengan kehadiran dia pada ketika itu. Kisahnya bermula di sini....


Pagi itu aku dan mama sedang bersiap-siap untuk bercuti. Kami telah diberi tiket bercuti percuma, begitu juga dengan beberapa rakanku yang turut mengikut rombongan tersebut. Kami berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Keluarga rakanku berkenalan bersama keluargaku sekaligus menjalin silaturrahim. Aku sedari tadi tidak nampak bayang Mr. Platipus di situ. Mungkin dia tidak akan mengikut rombongan ini. Setahu aku, kekasih hatinya tidak dapat pergi.

Kami kemudian berangkat menuju ke destinasi. Aku terlupa akan dia seketika dan terus berborak dengan mama sepanjang perjalanan. Riuh rendah suasana dalam bas tersebut. Dalam sejam setengah perjalanan seisi bas kembali senyap. Mungkin mereka letih lalu tertidur, termasuk mama. Aku tidak dapat merehatkan mata, kehijauan pohon diluar membuatkan aku untuk terus melayani perasaanku. 

Jujur, aku masih rindukan Mr. Platipus meskipun kini dihatinya bertakhta seorang gadis dari Utara. Namun tidak pernah terlintas dihatiku untuk merosakkan hubungan mereka. Aku tahan dan aku pendamkan sahaja perasaan ini selagi mampu. Tanpa aku sedar air mata yang berlinangan jatuh menitis mengenai tudung yang aku pakai. Aku masih terus melayani perasaanku.

Setelah 4 jam perjalanan, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Aku mengajak mama untuk berjalan-jalan disekitar situ sambil menikmati pemandangan indah. Kemudian mulalah perut terasa lapar. Kami singgah di salah sebuah gerai makan yang di sana sambil memilih makanan mengikut selera kami. Aku memilih untuk duduk di tepi koridor agar dapat menghirup udara segar sambil menikmati makanan.

Setelah selesai aku mengajak mama untuk menaiki sebuah keretapi yang tidak begitu panjang yang akan membawa kami pusing disekitar tempat tersebut. Mama hanya mengikut kehendakku. Agak panjang barisan untuk menaiki keretapi tersebut. Namun aku dan mama masih sempat untuk menaikinya. Dalam 5 minit kami menunggu, keretapi tersebut pun tiba. Aku dan mama mula berebut untuk menaikinya. Kami memilih tempat duduk di bahagian tengah. 

Keretapi mula berlepas setelah kesemua penumpang dapat tempat duduk. Tiba-tiba, aku terpandang wajah seseorang yang bergerak pantas menuju ke arahku. Betulkah apa yang aku sedang lihat ni? Atau aku masih bermimpi? Mengapa dia berada di sini? 

Bersambung....

1 cerita anda:

Unknown said...

wahhhh bestnyer mimpi tu :p
mujur xleh kongsi same2