Hari ini Lula nak ceritakan tentang apa yang telah dilalui beberapa minggu ini. (nampak macam panjang entry kali ini.. hurm..) Lula akan cuba ringkas dan padatkan k.
Hari pertama kuliah bermula untuk semester ke-5 ini, Lula menerima banyak ucapan tahniah dari rakan2 di atas pertunangan Lula.. Tetapi.. Sebenarnya, Lula belum pun bertunang.. (still single k..) Lula ade sesi photo shoot.. tu yang pakai mcm bertunang tu.. (haish hang pa ni la..) hehe..
Hari kedua kuliah, masih ada lagi yang bertanya tentang majlis pertunangan tu... Lula pun betulkanlah statement yg telah dorang gembar-gemburkan. Ok, Topik hari ini Mr. Platipus. Hari kedua barulah dia ok dan boleh bertegur sapa dengan Lula. kalau tak, payah sangat. Mungkin dia kecil hati pasal "majlis pertunangan" tu kot haha.. (So what?).
Hari-hari yang berikutnya, Mr. Platipus asyik pandang Lula dengan pandangan yang sukar ditafsir, ade kekesalan, ade harapan, ade malu-malu. Lula sendiri tak dapat nak faham ape sebenarnya yg cuba matanya sampaikan. Tapi dari riak mukanya nampak macam masih berharap dan menyesal. Tapi mungkin juga tekaan Lula salah kerana dia masih lagi bersama kekasihnya. Jadi untuk ape Lula fikir yang dia still mengharapkan? ( Lula.. Lula..)
Namun setelah hampir tiga minggu kami di sini, Mr. Platipus, masih lagi begitu. Lula perasan dengan pandangan itu, kadang2 Lula membalas dengan senyuman ikhlas. (tanda menegur) Kadang2 Lula buat2 tak nampak. Lula tak nak beri dia harapan dan Lula tak nak dia kecewakan wanita lain seperti dia kecewakan Lula dulu. Jadi Lula hanya berserah padaNya.
Selepas ini, pandangan tidak akan ditafsir lagi. Hanya melalui percakapan yang akan diambil kira. Nonverbal communication membawa banyak makna, dan verbal communication sahaja menyampaikan maksud yang sebenarnya.
Monday, March 25, 2013
Mr. Platipus 3
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 5:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 cerita anda:
kadang2 verbal pun boleh disalah tafsirkan.. huhuhu
Pengalaman mengajar erti kehidupan... yang lalu biarkan berlalu... setiap apa yang terjadi ada hikmahnya...
Post a Comment