BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 26, 2013

Betul, Dia ada di situ! Ep. 1

 “Selamat pagi Dato’.” Ucap Lisa sebaik sahaja melihat Dato’ Syed Affendi melangkah masuk ke pejabat.
“Pagi. Hari ada apa-apa yang penting untuk saya?” Tanya Dato’ yang berjalan menghampiri bilik pejabatnya dan melepaskan punggungnya di atas kerusi yang empuk.
“Ada Dato’. “ Jawap Lisa pendek lalu terus menyenaraikan tugas dan mesyuarat-mesyuarat penting yang perlu Dato’ Syed Affendi laksanakan pada  hari tersebut.

              Dato Syed Affendi memandang wajah setiausahanya dan mendengar dengan tekun setiap patah yang diucapkan oleh setiausahanya itu. Sekali pun matanya tidak berkelip.  Setiap pagi, itulah wajah yang ingin dilihatnya.

“Dato’.. Dato’ Syed..” Lisa yang telah selesai membacakan tugasan Dato’ cuba untuk menyedarkan Dato’ dari lamunanya. Namun Dato’ masih tidak berkelip atau menyahut panggilan Lisa.
“Hmm... Sayang..” Panggil Lisa sambil berjalan merapati Dato’.
“Ye.. Maaflah honey ni cantik sangat.. tak jemu mata memandang.” Jawap Dato’ yang baru tersedar.
“Hish.. Sayang ni. Kita kenalah professional.. ini kan pejabat.” Lisa bersuara manja.

              Mereka sememangnya mempunyai hubungan semenjak setahun yang lalu.  Dato’ mula jatuh hati pada Lisa semasa mereka sama-sama melawat kawasan pembinaan di Johor.  Apabila Dato’ pertama kali melihat Lisa tidak berpakaian formal seperti di pejabat, Lisa tampak lebih terserlah.  Lisa pula tidak kisah walaupun Dato’ telah pun mencapai usia 52 tahun.  Apa yang penting pada wanita seperti Lisa adalah duitnya.  Lisa sememangnya gadis materialistic.

               Tiba waktu makan tengah hari, Lisa dan Dato’ akan keluar bersama.  Mereka akan pergi ke salah sebuah restoran mewah yang agak jauh dari pejabat.  Di situlah mereka akan memadu asmara.

“Sayang, hujung minggu depan I nak pergi bercuti dengan kawan-kawan I boleh tak?” Lisa meminta keizinan dari Dato’ Syed Affendi.
“Cuti? Nak pergi mana?” Tanya Dato’.
“Hmm... tempat tu tak tahu lagi, tapi cadangnya hujung minggu depan.” Jawap Lisa
“Berapa lama nak pergi?” tanya Dato’ lagi.
“3 hari.” Jawap Lisa.
“3 hari!” Dato’ terkejut lalu membulatkan matanya memandang Lisa.
“Habis tu macam mana dengan I? Nanti I rindu.” Dato menambah sambil tanggannya mencapai dan menggenggam tangan Lisa yang lembut itu.

“ Alah, tiga hari tu tak lamalah sayang.” Lisa menjawap. Namun Dato ‘ hanya diam.
“Tapi kalau you tak bagi I tak pergilah.” Rajuk Lisa.
“Oklah. You boleh pergi tapi janji dengan I you balik je terus jumpa dengan I ok.” Pesan Dato’.
“Ok sayang... thank you soooo much.” Jawap Lisa dengan senyuman lebarnya. Dato turut tersenyum melihat gelagat Lisa. Lega hatinya Lisa tidak merajuk lagi.

           Setelah selesai makan tengah hari, mereka mula masuk ke pejabat masing-masing.  Lisa yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat lantas mencapai telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangannya.
           Jarinya memicit-micit punat telefon itu untuk mencari nombor Has. Satu pesanan ringkas yang menggembirakan hati Has telah di hantar. Kemudian Lisa mula mengalihkan jarinya pada komputer pejabatnya.  Jarinya mula menaip dan menyiapkan kerja-kerjanya sehingga lewat petang.
Jam menunjukkan tepat pukul 6.00 petang.  Pekerja yang lain sudah pun meninggalkan pejabat dan bersedia untuk pulang.  Berlainan pula dengan Lisa yang masih tekun menaip dan menyiapkan kerjanya.  Tanpa di duga, Dia merasakan pipinya dielus lembut oleh tangan yang keras dan kasar.  Lisa yang terkejut terus berhenti menaip.  Rupanya Dato’ sudah pun berada disebelahnya.

“Sebab ni lah I sayang you. You sangat rajin bekerja. Sampai I masuk bilik pun tak sedar.” Dato’ bersuara.

Lisa hanya tersenyum memandang Dato’.  

             Komputer dihadapannya sudah pun ditutup. Lalu tangannya mencapai beg tangannya yang terletak di dalam laci.  Mereka melangkah keluar bersama-sama ke parkir kereta.  Driver Dato’ sudah pun menunggu berdiri sebelah kereta Mercedes berwarna hitam berkilat.  Lisa terus menuju ke Mini Cooper berwarna merah hadiah dari Dato’ untuknya. Lalu kereta masing-masing memecut laju pulang ke rumah.

-Bersambung....-

1 cerita anda:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.