BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 25, 2013

Betul, Dia ada di situ!

            Haslinda Amiruddin.  Nama pangilan Has.  Berumur 23 tahun  dan bekerja di salah sebuah syarikat ternama dalam industri telekommunikasi.  Mempunyai tubuh yang tinggi lampai dan kurus persis seperti model.  Ramai lelaki tertarik dan cuba untuk memikatnya, namun hanya seorang sahaja yang bertakhta di hatinya, Mohd Wafey Danial Bin Mohd Rashid.  Seorang lelaki berbadan sedang dan mempunyai ketinggian sama dengan Has.  Berumur  26 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat.  Wafey lebih dikenali dengan panggilan Fey.  Mereka berdua bagai pinang dibelah dua, sama padan dan sama cantik.  

             Seterusnya Khalisa Khalid atau sering di panggil Lisa.  Seorang gadis bertubuh langsing, tidak begitu tinggi, manakala Faridah Asraf pula mempunyai tubuh yang sedikit berisi, dan tinggi sedikit berbanding Lisa.  Ida dan Lisa merupaka sahabat Has sepanjang mereka belajar di sebuah universiti yang sama. Hubungan mereka sangat rapat. Ketika suka, duka, shopping, mereka akan bersama.  Mereka juga sering di temani oleh seorang sahabat lelaki mereka iaitu Syarifuddin Shafiq. Lebih dikenali dengan panggilan Fiq.  Dari dahulu sehingga sekarang, Fiq ada menyimpan perasaan pada salah seorang antara mereka. Namun Fiq terlalu malu untuk meluahkannya.

              Pada suatu malam mereka pergi ke sebuah restoran mamak untuk meluangkan masa bersama.  Di situlah tempat mereka meluahkan penat lelah semasa bekerja.  Pelbagai cerita yang akan dikongsikan sehingga tidak sedar malam semakin larut. 

“Aku rasala kan, kita semua ni dah penat sangat kerja. Kita sepatutnya bercuti bersama-sama, macam masa belajar dulu.” Fiq mula memberi cadangan.
“Yelah, dulu best kita pergi Cameron, Genting, Kedah, hmm.. seronoknya.” Kata Ida sambil mengimbau kembali kenangan semasa belajar dahulu.
“Ok, tapi kali ni kita nak pergi bercuti ke mana?” Tanya Fey terus matanya memandang Fiq.
“Tu tak pasti lagi. Kita kena fikir dulu tempat yang menarik dan mencabar.” Jawap Fiq sambil tersenyum dan mengangkat kedua keningnya.
“Aku tak kisah, mana-mana pun boleh asalkan dapat release tension kat kepala aku ni.” Lisa mencelah.

Wafey sesekali melirik ke arah teman wanitanya di sebelah kiri. Sedari tadi Has hanya mendiamkan diri.  Sedikit pun tidak member sebarang idea.

“Has, kau ok tak ni? Kenapa kau diam je?” Tanya Fiq.
“Aku tengah kira berapa hari cuti lagi aku ada. Hehe..” Jawap Has.
“ La.. itu yang kau fikirkan dari tadi.. Apalah!” Lisa mendengus.  Has pula hanya tersengih sehingga menampakan giginya yang putih itu.
“Ok  kita plan dulu bila kita nak pergi lepas tu baru kita plan tempat yang nak dituju boleh tak?” Ida mula memberi cadangan.
“Apa kata kita pergi dua minggu lagi?” Has mula menjawap.
“Aku setuju.” Balas Ida.

Wafey dan Fiq hanya mengangguk tanda setuju dengan cadangan Has.  Namun berlainan pula dengan Lisa. 

“Aku confirmkan dengan korang lambat sikit boleh sebab aku nak kenal susun jadual Dato’ dululah.” Kata Lisa yang merupakan setiausaha seorang Dato’.
“Ok. Kalau macam tu nanti apa-apa kau bagitahu aku ye.” Jawap Has.
“Ok.” Balas Lisa pendek.


Jam telah menunjukan pukul 1 pagi. Mata masing-masing sudah mula terasa berat. Lalu mereka mencapai kata sepakat untuk pulang ke rumah dan tidur, memandangkan esok masih perlu bekerja.

0 cerita anda: