BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 19, 2013

FARMASI (FCC Cosmetics)


Pada 15hb September 2013 yang lalu, Pihak FARMASI COSMETICS (FCC) telah menganjurkan bengkel solekan peribadi yang disertai oleh 3 orang peserta.  Bengkel tersebut bermula pada jam 10 pagi sehingga 3 petang di Puchong Perdana.  Seorang Make up Artist dan seorang jurucakap FCC Cosmetics telah dijemput bagi mengajar pelbagai teknik-teknik solekan  pada hari tersebut.  

Sesi bermula dengan memperkenalkan produk FCC kepada Lula dan peserta lain. FCC cosmetics merupakan salah satu jenama yang sudah lama wujud dalam industri kecantikan.  Selain kualitinya yang tinggi, produk FCC juga adalah HALAL.  


FCC juga telah mengeluarkan pelbagai produk solekan seperti eyeshadow, blusher, mascara, eyeliner, shading, lipstick dan lipgloss yang terdiri dari pelbagai warna yang menarik. Produk solekan ini juga tahan lama dan tidak melekit serta berminyak apabila dipakai.  




Selain itu, FCC juga menghasilkan pembersih wajah yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit seperti kulit sensitif, berminyak, kering, mahupun normal.  Harga bagi setiap barang amat berpatutan. FCC juga bukan sekadar make up. Kerana FCC mempunyai bahan yang mampu menghilangkan kedut dan pelbagai masalah pada wajah.  


Lula bukanlah agent penjual barangan FCC. Tetapi Lula hanyalah pelanggan dan pengguna setia FCC cosmetics.  Dulu Lula mempunyai masalah dalam pemilihan foundation kerana muka Lula akan berminyak setiap kali pakai. Tapi setelah Lula cuba FARMASI Foundation High Performance, solekan nyata tahan lama dan muka juga tidak berminyak. Hope info ini berguna untuk readers semua...


2 cerita anda:

Cik Nor said...

banyak alat makeup dia..:)

LuLa- said...

Hehe.... tu product keluaran FCC..