BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 25, 2013

Mr. Platipus 4

Hello readers...

Hari ni sambungan Mr. Platipus yang telah lama tergantung tu. Maklumlah.. terlalu bz sampai x sempat nak berblogger... hehe...

Ok.. Pada suatu petang, 3 hari sebelum Ramadhan 2013. Lula ada menerima satu panggilan telefon dari Kakak Mr. Platipus. Dia mengajak Lula untuk menghadiri kenduri Tahlil dan menyambut Ramadhan dirumah mereka.  Sememangnya Lula merasa berat hati untuk pergi. Kerana memikirkan pasti Mr. Platipus dan kekasihnya berada di sana bersama.

Namun, perkara tersebut dinafikan oleh kakaknya.  Lula tidak terus memberi jawapan untuk hadir kerana Lula tidak percaya dengan kata-kata kakaknya itu.  Setelah mengambil masa kira-kira 3 hari untuk berfikir, Lula mengambil keputusan untuk pergi ke majlis tersebut. Memandangkan ini semester akhir kami dapat berjumpa.

Selepas Solat Asar, Lula mengenakan sepasang baju kurung hijau.  Setelah selesai bersiap, Lula terus turun ke tempat parkir kereta lalu memecut laju menuju ke tempat yang di tuju.  Semakin hampir ke destinasi, Lula semakin berdebar.  Segala perasaan takut, malu, sedih bercampur baur.

Sesampai sahaja Lula di hadapan rumah Mr. Platipus, Lula terus mencapai telefon bimbit yang diletakkan di dalam beg tangan lalu menghubungi kakak Mr. Platipus.  Lula memerhati dari cermin sisi kenderaan, kelibat Kakak Mr. Platipus telah pun kelihatan di muka pintu bagi menyambut Lula.  Lula mematikan talian dan mula melangkah keluar dari kenderaan.

Tiba-tiba, Lula terpandang sebuah kereta buatan Malaysia berwarna putih milik kekasih Mr. Platipus terpakir di dalam garaj rumah tersebut.  Hati Lula bagaikan ingin menjerit dengan kejutan itu.  Kaki ini terasa seperti ingin melangkah masuk ke dalam kenderaaan semula dan memecut laju pulang ke rumah.

Tetapi memandangkan kakak Mr. Platipus telah pun melambai Lula cuba gagahkan jua kaki ini untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

Sebaik masuk Lula terus mendapatkan Ibu Mr. Platipus yang sudah lama tidak bertemu, mencapai tangannya untuk bersalam.  Lula juga sempat menjeling ke arah  kekasih Mr. Platipus yang juga terkejut dengan kehadiran Lula. Seperti tidak senang riak wajahnya.  Lula mula merasa serba salah. Tiada selera untuk makan.

Kakak ke-dua Mr. Platipus tidak lepas dari mengusik Lula.  Jujurnya Lula kecil  hati dengan usikkan itu. Namun bibir ini masih mampu menguntumkan senyuman semanis mungkin.  Lula perasan kelibat mereka berdua tidak kelihatan sepanjang Lula berada di situ.  Namun itu tidak sedikit pun mengurangkan rasa serba salah Lula.

Lula hanya  mampu bertahan selama sejam setengah sahaja.  Lula terus meminta izin untuk pulang.  Lula mencapai tangan ibu Mr. Platipus dan bersalaman serta memberi pelukkan erat. Lalu terkeluar kata-kata maaf yang bertalu-talu dari mulut Lula di iringi air mata yang mula bergenang.  Bagaikan kami tidak akan bertemu lagi.

Seterusnya giliran kakak Mr. Platipus.  Lula berterima kasih kepadanya kerana sentiasa ada dikala Lula susah dan senang. Lula juga meminta jutaan maaf padanya. Memeluk erat tubuhnya bagi mengurangkan sedikit perasaan sedih ini. Lalu terus melangkah keluar dari rumah tersebut  lalu masuk kedalam kenderaan dan terus memcut laju tanpa menoleh ke belakang lagi, dengan tekad untuk tidak akan kembali lagi ke rumah itu.

-TAMAT-




























0 cerita anda: