BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 8, 2013

Betul, Dia Ada Di Situ Ep. 2

Waktu yang di nanti telah tiba. Has dan Fey terlebih dahulu sampai di restoran mamak tempat dimana mereka selalu melepak.  Sejurus kemudian Fiq mula menunjukkan batang hidungnya, sepuluh minit kemudian kereta Kelisa milik Ida terpakir bersebelahan dengan kereta Fiq.  Ida dan Lisa keluar dari kenderaan serentak.  Masing-masing mengeluarkan barang dari kereta mereka dan menuju ke kereta Has.  Tepat jam 6:45 petang, mereka mula bertolak. Tempat percutian yang dituju adalah Rumah pusakan tinggalan datuk Fiq yang teletak di Maran, Pahang.

Setelah sejam perjalan, Fiq dan Lisa sudah tertidur di tempat duduk belakang. Ida pula hanya memandang keluar tingkap melihat matahari terbenam. Sambil mulut menyanyikan lagu ‘Hanya Aku’ nyanyian Hyper Act.  Fey yang memandu sesekali melirik ke arah Has yang turut menyanyi.

Tepat jam 9:15 malam, mereka berhenti disalah sebuah RnR.  Kelihatan terlalu banyak kereta yang berhenti di situ.  Mata  Has yang tajam terus menunjukkan arah tempat parkir kereta yang kosong. Fey dengan pantas membelok dan terus memakir kenderaan.  Mereka semua keluar dari kenderaan dan masing-masing mencari makan memandangkan perut mereka sudah berkeroncong sejak tadi lagi.  Semasa menjamu selera, mereka tidak bercakap sepatah pun. Masing-masing hanya menikmati makan malam mereka.

Perjalanan  di teruskan lagi pada pukul 10:00 malam.  Kali ini Fiq yang memandu memandangkan Fey tidak tahu jalan menuju ke kampung Fiq.  Fey sudah tertidur di sebelah Fiq yang memandu. Has yang masih tidak mengantuk hanya memerhati keluar tingkap. Jalan agak sunyi ketika itu. Lisa dan Ida sudah tertidur akibat kekenyangan.

Tiba-tiba sebuah kereta memecut laju dari arah belakang dan memotong kereta yang dipandu oleh Fiq dari sebelah kiri.  Fiq yang terkejut cuba memulas stereng kereta sekali gus menekan brek secara mengejut. Has juga terkejut dengan kejadian itu. Fiq memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangan.  Lisa, Ida dan Fey yang tersedar setelah tidur mereka diganggu masih terpinga-pinga.

“Kenapa ni Fiq?” Tanya Fey.
“Ntah, kereta gila mana yang datang bagi lampu besar pastu potong sebelah kiri. Mana aku tak terkejut.” Jawap Fiq.
“ Kereta apa?” Tanya Lisa.
“Kereta Toyota lama.” Jawap Has.
“Oh.. ingatkan kereta kodok kuning tadi.” Kata Ida cuba menakut-nakutkan.
“Hish! Kau ni Ida. Janganlah cakap macam tu. Kita ni dah la dekat jalan gelap.” Marah Has.

Fiq mula memandu kembali setelah semuanya reda.  Lisa, Ida Fey dan Has  tidak mengantuk lagi. Masing-masing masih terkejut dengan kejadian tadi. Setelah dua jam perjalanan, Fiq mula memperlahankan kenderaan  lalu memasuki lorong sempit dan gelap di sebelah kiri. Jalan yang masih bertanah merah dan tidak mempunyai tiang lampu mereka susuri perlahan. 

“Fiq, betul ke jalan ni?” tanya Fey ragu-ragu.
“Betullah. Aku masih ingat lagi masa ayah aku bawa aku pulang ke kampung, jalan ni lah yang dia lalu.” Jawap Fiq meyakinkan Fey.Budak perempuan di belakang hanya dia sahaja.


Tiba di hujung, jalan sudah mula bercabang dua. Fiq tidak ingat laluan yang mana satu menuju ke rumah neneknya.  Fey dan yang lain cuba membantu Fiq.  Namun Fiq tetap tidak ingat. Agak lama kereta itu berhenti di tengah-tengah jalan .   Kemudian, Fiq mengambil telefon bimbit dari saku seluarnya. Lalu cuba mendail nombor ayahnya. Namun talian tidak dapat disambungkan kerana kampung neneknya mempunyai liputan telefon.  Fiq buntu dan yang lain turut terdiam.  Dengan nekad, Fiq mula membelokan stereng kereta ke kiri bagi meneruskan perjalanan. Yang lain hanya menurut sahaja.  Jalan yang lurus dan gelap itu membuatkan mereka berasa seram sejuk.  

Lisa mula berpaling kearah tingkap lalu matanya menangkap ke arah objek berwarna putih di sebelah kiri kenderaan.  Matanya tidak berkelip memandang objek tersebut mulutnya terkunci. Tetapi tangannya sempat menepuk peha Ida. Ida yang terkejut turut memandang ke arah objek tersebut.

Bersambung...

0 cerita anda: