BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 8, 2013

Betul, Dia ada Di Situ Ep. 7 (Akhir)

PANG!         

Satu penampar hinggap di pipinya.  Fiq tidak sedarkan diri. Kemudian perempuan itu memandang Lisa yang terdiam dikatil.  Perempuan itu berjalan laju menuju ke arah Lisa. Lalu hilang menembusi Lisa.

Fey  dan Tok Bidin masih lagi bergelut.  Tok Bidin cuba menikam Fey dengan parang, namun Fey yang turut mempunyai ilmu pertahan diri dengan tangkas mengelaknya.  Muka mereka masing-masing dipenuhi dengan luka. 

Tok Bidin tidak kasi peluang kali ini. Kakinya dilibas ke kaki Fey lalu fey terjelopok jatuh di atas lantai kayu itu.  Tok Bidin mengangkat parang lalu di hala tepat ke arah Fey. Tiba-tiba..

“ Angin Menderu..
Dahan jatuh menimpa batu
Kuburan”


Terdengar suara Lisa menyanyi lagu itu diiringi tarian lemah gemalai olehnya sendiri.  Tok Bidin menoleh ke arah Lisa.  Dia bangkit dan menuju kea rah Lisa dengan senyuman.

"Aku tahu, kau akan datang padaku sayang.  Aku tahu kau cintakan aku." Tok Bidin Bersuara.
 Tiba-tiba kaki Tok Bidin tersadung pada karpet yang terletak di ruang tamu lalu terjatuh. Kepalanya terhentak di buju meja kaca di tengah ruang karpet itu.  Tok Bidin meraung kesakitang. Nafasnya tersekat-sekat. Lalu menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Lisa juga rebah.  Fey bangkit untuk mendapatkan Lisa. Dalam beberapa saat Lisa tersedar semula dalam keadaan bingung. 

“Fey, Has dan Ida ada dalam bilik stor di belakang dapur.” Lisa bersuara. Mereka terus bangun dan berlari menuju ke stor tersebut.  Ida dan Has sedang di ikat.  Mereka berjaya melepaskan Has dan Ida.  Mereka meminta tolong orang kampung untuk menguruskan jenazah Tok Bidin dan menyempurnakan tulang-temulang milik wanita berkebaya yang tertanam di bawah rumah berhampiran dapur. 

Fiq pula menjadi tidak tentu arah. Dia dihantar ke rumah sakit jiwa.  Lisa, Ida Has dan Fey mengemas barang mereka dan bersedia meninggalkan kampung tersebut.  Sepangjang perjalanan tiada sesiapa pun yang bersuara. Masing-masing tidak menyangka percutian mereka bertukar menjadi tragedi. Ida tertidur di belakang. Lisa yang duduk di sebelah Ida hanya memandang ke arah jalan raya. Fey juga turut tertidur di sebelah Has yang sedang memandu. 

“Haassss!” Tiba-tiba Lisa menjerit. Semua mereka terkejut.  Has pantas menekan brek kereta secara mengejut. Semua menoleh ke arah Lisa. Lisa membuka pintu kereta lalu melutut untuk melihat dibawah kereta. Yang lain turut keluar dari kenderaan.

“Kenapa ni Lisa?” Tanya Ida.
“Has, tadi kau langgar orang tau tak.” Jawab Lisa
“Aku tak nampak sesiapa pun.” Jawab Has.
“Betul, dia ada di situ.” Lisa memberitahu dengan yakin sambil jarinya menunding ke arah bawah kereta. Mereka yang lain terkejut. Fey membongkokkan diri untuk melihat di bawah kereta.  Ternyata tiada apa disitu.  Fey bangun kembali dan memandang ke arah Lisa.
“Tak ada apa-apalah kat bawah kereta tu.” Fey memberitahu mereka. Has dan Ida menarik nafas lega. Berlainan pula dengan Lisa.

“Betul dia ada di situ tadi, berdarah-darah. Tapi sekarang dia berada betul-betul belakang korang.”
-Tamat-



5 cerita anda:

Putri Sukoco said...

kunjungan perdana dan salam persahaabtan

Mari Belajar Bersama said...

kunjungan pertama ke blog yang bagus ini, salam blogger

Riri Maysyuri said...

selamat siang dan salam kenal

Syuri said...

Assalamu'alaikum, greetings introductions, please visit my blog or directly to https://play.google.com/store/apps/details?id=air.PuzzleBarbie and https://play.google.com/store/apps / details id = air.KumpulanDongeng, there is the story of a nice puzzle from indonesia and to mkendidik and sharpen his wits, perhaps you consistently have a son, a brother, a nephew who was a boy, silhkan try FREE, hopefully useful, thanks

yuna said...

hai .... Greetings all from me