Fey dan Lisa hanya melihat Fiq dan Tok
Bidin melangkah pergi meninggalkan mereka dirumah. Fey turun dari rumah lalu mencari-cari
disekitar rumah kalau-kalau ternampak kelibat Has. Fey risau jika terjadi apa-apa pada Has. Lisa pula mencari di dalam setiap bilik
sehingga ke bilik Tok Bidin. Pintunya
berkunci apabila Lisa memulas-mulas tombol pintu itu.
“Eaaaaaeeeekkk...........” Bunyi seperti
pintu bilik dibuka.
Lisa terperanjat. Namun menggagahkan jua
kaki melangkah masuk ke dalam bilik Tok Bidin.
Suasana bilik itu sungguh suram.
Lisa masuk dengan penuh debar dan
hati-hati. Matanya tertangkap pada
gambar yang tergantung di dinding. Gambar itu gambar Tok Bidin dengan seorang
perempuan. Mungkin isterinya.
Tiba-tiba Lisa merasakan bahunya disentuh.
Lisa terkejut lalu terus berpaling ke arah belakangnya. Dan dia terlihat seorang perempuan bersanggul
rapi, memakai sepasang kebaja merah jambu sedang tersenyum. Wanita itu nampak seperti 30-an. Dia menarik tangan Lisa yang masih lagi
terkejut dengan kehadirannya menuju ke katil.
Dia dan Lisa tidak bercakap walau sepatah
pun. Lisa hanya melihat wanita itu
membongkokkan dirinya mengambil sebuah kotak dari bawah katil dan memberikan
kotak itu kepada Lisa. Lisa menyambutnya
lalu membuka kotak tersebut secara berhati-hati. Sambil matanya sesekali
mengerling ke arah perempuan itu.
Setelah kotak itu Berjaya di buka, Lisa
terlihat beberapa surat lama dan beberapa keping gambar. Gambar itu kelihatan seperti gambar keluarga. Tiba-tiba Lisa terlihat kelibat Tok Bidin
masuk ke dalam bilik. Dia bertindak kasar terhadap perempuan yang duduk
bersebelahan dengan lisa. Tok Bidin cuba
memperkosa perempuan itu namun tidak berjaya kerana perempuan itu meronta-ronta
lalu menolak Tok Bidin jatuh dari katil.
Lisa yang memerhati hanya berdiri kaku dan
matanya melihat apa yang berlaku di hadapannya.
Tok Bidin geram dengan perempuan yang sudah menolaknya itu lalu ditarik
rambut perempuan itu dan ditolak sehingga jatuh terhentak ke bucu meja yang
berada di sisi katil. Perempuan itu
tidak sedarkan diri. Tok Bidin kelihatan
panik lalu mengambil selimut dan menyelimutkan tubuh perempuan itu. Tok Bidin mengangkat perempuan itu lalu berjalan
menuju ke pintu belakang yang berhampiran dengan dapur. Tok Bidin menggali lubang yang boleh
memuatkan perempuan itu. Lalu ditanam perempuan yang masih bernafas dengan
jantung yang masih berdegup.
Lisa tersentak apabila bahunya sekali lagi
ditepuk. Fey sudah pun berada di
sisinya.
“Lisa kau buat apa dalam bilik Tok Bidin
ni?” Tanya Fey.
“Fey, aku dah tahu kenapa semua ni terjadi.”Jawab
Lisa.
“Ape kau cakap ni?” Tanya Fey masih lagi
tidak dapat menangkap maksud Lisa.
“Gambar perempuan sebelah Tok Bidin itu
adalah nenek Fiq.” Terang Lisa.
“Habis tu kenapa?” Tanya Fey binggung.
“ Tok Bi..” Lisa terdiam apabila Fiq dan
Tok Bidin muncul bersama lengkap berpakaian hitam persis pesilat.
“Apa kau orang buat dalam bilik aku ni ha?”
Jerkah Tok Bidin.
“ Kami cari Has di setiap bilik termasuk
bilik Tok.” Jawab Fey. Tok Bidin
terpandan kotak yang terbuka di atas katil.
Dia tahu rahsianya sudah terbongkar.
Tok Bidin memandang Fiq dan membulatkan matanya.
Fiq seolah mengerti. Fiq menarik tangan Lisa
lalu membawa Lisa keluar dari bilik itu.
Fey terkejut dan cuba menghalang Fiq dari
berbuat demikian. Tetapi tindakan Fey
pula dihalang oleh Tok Bidin. Mereka bergelut di dalam bilik itu.
Fiq membawa Lisa ke dalam sebuah bilik. Lalu menolak tubuh Lisa ke katil.
“Fiq, kenapa ni?” Tanya Lisa. Airmatanya
mula mengalir deras. Hatinya berdebar, takut dengan Fiq.
“Lisa, dengar dulu, aku sayangkan kau. Dah
lama aku tunggu kau untuk jadi milikku.” Ucap Fiq.
“Fiq, kita kawan je Fiq, kenapa kau jadi
macam ni?” Jawab Lisa.
“Aku tak nak jadi kawan kau!” Marah Fiq.
“Fiq, aku dah jadi tunang orang Fiq. Aku
akan berkahwin tak lama lagi. Kau kan tahu tentang tu.” Jawab Lisa sambil
meminta simpati Fiq untuk dilepaskan.
Fiq tidak termakan pujuk rayu Lisa. Malah Fiq semakin berang dengan
jawapan yand diberikan. Fiq pantas
memanjat katil dan ingin memperkosa Lisa.
“Kau akan jadi milik aku Lisa.” Fiq mula
bersuara dan beraksi ganas.
“Fiq, jangan Fiq!” Lisa menjerit dan
meronta-ronta. Tiba-tiba Lisa terlihat kelibat perempuan itu berdiri di
belakang Fiq. Lisa terdiam. Fiq pelik
dengan Lisa yang tiba-tiba berhenti meronta.
Fiq melihat ke arah belakangnya.
0 cerita anda:
Post a Comment