BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 25, 2011

Melawat Keluarga Dia

Semalaman aku tak tidur lepas siapkan chocolate yang ditempah oleh Kak Ana, Kakak kepada Pijul. Aku berjaga sampai pagi dan langsung tak rasa ngantuk. Dalam pukul 6.15 a.m. aku mandi dan terus bersiap. Nasib baik aku mandi cepat sebab kat kuantan tengah tak de air. Air pun tak rasa sejuk sangat. Elok je aku tengah make-up, mama pun terjaga. Dia punya turn plak mandi. Lepas kitorang siap packing barang2 aku, kitorang pun bertolak ke office mama.

Dalam pukul 9.30 a.m. mama hantar aku kat terminal bas, bas dah sedia ada so tak perlu tunggu lama. Aku terus salam n cium pipi mama sebelum melangkah menaiki bas. Dari dalam bas aku melambai-lambai mama yang hanya tersenyum dari luar. Bas terus bergerak menghala ke highway kuala lumpur. Aku mula rasa penat, dingin air-cond bas membuatkan aku semakin mengantuk. Aku tertidur sambil mendengar lagu mp3 yang terpasang di telinga.

Aku tersedar apabila bas itu melewati perhentian sebelah Lanchang. Aku melihat pada jam. Aku membetulkan duduk dan barang2. Aku tidak mengantuk lagi. Mataku hanya mampu menatap kehijauan pokok-pokok di tepi jalan sambil mulutku kumat-kamit menyanyikan lagu yang berkumandang dalam hati.

Sampai sahaja aku ke Klang Sentral, aku terus menelefon Shirah, sepupuku untuk menjemputku. Lalu aku dan Shirah memacu keretanuya menuju ke arah pekan meru. Dari situ, kami tercari-cari rumah yang sudah lama aku ingin pergi. Apabila aku tiba di sana aku di sambut oleh Kak Ana dan Ibunya. Sambil aku hantarkan tempahan tersebut, kami borak-borak kecil. Tiba-tiba, ibunya bertanyakan soal hubungan aku dan dia. aku hanya mampu mengatakan biar takdir menentukan. Kalau ada jodoh adala.

Aku sangat rindukan keluarga dia. Aku sayangkan family dia... seronok bila bersama dengan mereka.

Tapi apakan daya. Mungkin ini merupakan ziarahku yang terakhir.

0 cerita anda: