Dah hampir tiga minggu mereka di kampus. Segalanya berjalan lancar. Mereka juga telah diberi tugasan berkumpulan. Nizam dan Fariz ingin Nairah berkerjasama dengan mereka. Nairah setuju memandangkan hanya dia seorang sahaja yang tidak mempunyai kumpulan lagi. Mereka bertiga sudah biasa berkerjasama memang tidak jadi masalah.
Cuma Nairah masih rasa kekok bila berbincang berdua dengan Fariz. Namun segalanya di sorok, di simpan dalam hati. Fariz juga begitu tapi mudah bagi lelaki untuk menyembunyikannya. Dia sentiasa tenang.
Petang itu setelah selesai membuat perbincangan, Nairah membuat keputusan untuk pulang. Fariz dan Nizam hanya mengangguk. Cuaca diluar mendung. Nairah pula terlupa membawa payung. Dia berjalan pantas menuju ke perhentian bas, takut-takut kalau hujan turun. Namun tetap tak sempat. Hujan turun dengan lebat. Nairah berlari-lari apabila melihat bas sudah pun menanti di perhentian . Namun apabila Nairah sampai, bas mula bergerak. Nairah hampa.
Hampir setengah jam menunggu, Namun tiada satu bas pun yang tiba. Nairah nekad berjalan meredahi hujan untuk segera sampai ke rumah kerana hari semakin gelap. Sampai di rumah Nor, Asma, Eyna dan terkejut melihat Nairah sudah basah lencun. Nairah segera membersihkan diri dan menunaikan solat. Tanpa makan, Nairah terus tidur akibat keletihan.
Keesokkan harinya Nairah tidak dapat hadir ke kelas. Tekaknya perit, Kepalanya dirasakan satu beban yang besar. Badannya sengal-sengal. Asma yang sedang bersiap dari tadi sesekali melirik ke arah Nairah yang masih tidur dari tadi meletakkan belakang tangannya ke dahi Nairah.
‘Panas!’ Detik hatinya.
“Ira, aku rasa elok kau pergi klinik. Badan kau panas sangat ni.” Arah Asma.
“Petang nanti aku pergi sebab sekarang ni aku tak laratlah.” Jawab Nairah lemah.
“Ok. Aku pergi kelas dulu ye. Hati-hati tau.” Pesan Asma.
“Ok. Thanks a lot ya.” Ucap Nairah.
Selepas menunaikan solat Zohor, Nairah mencapai sweater berwarna biru lembut kegemarannya lalu disarungkan ke badan. Tangan kirinya mencapai tudung yang tersangkut dipintu almari lalu dipakainya. Dia sudah bersiap untuk ke Klinik yang tidak jauh dari apartmentnya.
“Nurul Nairah Alisya!” Panggil Jururawat di klinik tersebut. Nairah yang duduk di kerusi menunggu itu bangun dan melangkah perlahan menuju ke bilik doktor.
“Nairah, sakit ape ye?” Soal Doktor.
“Saya demam dan sakit kepala.” Jawab Nairah.
“Dah berapa lama demam?” Soal Doktor itu lagi.
“Baru je pagi tadi. Mungkin sebab semalam terkena hujan.” Jawab Nairah.
“Ok, Kita check suhu dulu.” Beritahu Doktor itu. Nairah mengangguk.
“Hmm.. Tinggi suhu ni. Panas betul badan awak. Sekarang kita check tekanan darah pula.” Doktor itu bersuara lagi.
“Tekanan darah awak rendah sangat ni. Selalukah awak sakit kepala?” Tanya Doktor tersebut.
“Adalah sejak sebulan lalu saya sering sakit kepala.” Jawab Nairah.
“Ok. Kita ambil darah untuk buat ujian dulu dan selepas 5 hari awak datang balik ye.” Arah Doktor tersebut. Nairah mengangguk.
Jururawat tadi dipanggil untuk mengambil darah Nairah. Setelah itu Nairah mengambil ubat di kaunter lalu terus ke perhentian bas.
Telefon bimbit Nairah berdering, Nizam di talian.
“Hello, Ira kau kat mana? Nape tak datang kelas?” Tanya Nizam
“Ijam, aku tak berapa sihatlah. Aku demam, hari aku M.C. so tak dapat datang kelas dan discussion kita petang ni.” Jawab Nairah.
“Ok. Tak pelah kau rehat ye, Bye.” Pesan Ijam lalu mematikan talian.
Bersambung....
Sunday, July 24, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 3
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 11:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 cerita anda:
mana g cerita y base on true story tu ek???hilang mcm tu je ke???ke aku terlepas entri2 cik lula???aku tak hengat lak tajuk ceritanya...
cerita tu dah di remove.. ada yang tak sedap membaca.. harap maaf ye..
Post a Comment