Eriana sejak akhir-akhir ini asyik balik lewat sebab jumpa buah hati. Eriana berkenalan dengan seorang jejaka yang satu Fakulti dengan Nairah. Nor dan Asma tahu tentang hal itu tapi tidak tahu siapa jejaka itu. Nairah pula tidak pernah ambil peduli urusan orang lain, tapi bila seseorang perlukan orang untuk mendengar dia sedia menjadi pendengar yang setia.
“Ira, akukan adalah kenal dengan sorang mamat ni. Setakat ni aku tengok dia ok je. Agak handsome dan caring.Cerita Eriana.
Nairah tersenyum mendengar cerita Eriana.
“Satu Fakulti kau ke Ana?” Tanya Nairah.
“Taklah dia Fakulti lain.” Jawab Eriana.
“Dia ada ajak aku keluar dengan dia hujung minggu ni. Tapi aku tak sure nak pergi ke tak.” Sambung Eriana lagi.
“Dah berapa lama kau kenal dia?” Tanya Nairah.
“Dua minggu lepas. Tapi aku tak pernah keluar luar dari kawasan kampus dengan dia.” Jawab Eriana.
“Jadi?” Tanya Nairah.
“Kau boleh temankan aku tak? Please aku dah tak ada kawan lain lagi selain korang.” Pinta Eriana.
“Kau ajaklah Nor ke Eyna ke Asma ke.” Jawab Nairah.
“Diorang baliklah hujung minggu ni.” Jawab Eriana.
“Please… Bolehlah… Please…” Rayu Eriana lagi.
“Ok.” Spontan Nairah menjawab. Eriana gembira tak terhingga. Nairah senyum melihat gelagat Eriana yang baru dilamun cinta. Mungkin dia dulu seperti itu.
Setelah selsai makan malam, Eriana dan Eyna sedang sibuk mencuci pinggan dan Mengemas meja. Nairah terus ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Asma dan Nor sedang sibuk menonton televisyen.
“Asma, kau punya subject ada berapa?” Tanya Nor
“Ada 8 tapi 5 je yang masuk final.” Jawab Asma.
“Wah seronoklah kau.” Nor bersuara.
“Tapi assignment kitorang agak susahlah.” Selit Eriana.
“Betol, tapi nasib baik due date tu lambat lagi, bolehlah kitorang cari maklumat pasal assignment tu.” Sampuk Eyna pula.
Tiba-tiba telefon bimbit Eriana berdering.
“Hello.” Jawab Eriana dengan nada manja sambil tersengih-sengih mempamerkan barisan gigi yang tersusun rapi.
“Hello. Buat apa tu?” Terdengar suara lelaki.
“Baru lepas mengemas meja. Awak dah makan?” Tanya Eriana pula.
“Baru je lepas makan. Awak masak ke hari ini?” Tanya lelaki itu pula.
“Kami masak sama-sama.” Jawab Eriana.
“Oh. Jadi ke kita keluar minggu ni?” Lelaki itu bertanya lagi.
“Jadi.” Jawab Eriana.
“Ok. Tak pelah pergi kemas dulu ye nanti kita SMS.” Pesan lelaki tersebut sebelum mematikan talian.
“Emm Ok.” Jawab Eriana.
Hari yang ditunggu oleh Eriana telah tiba. Eriana bangun seawal 6.00 pagi lalu mengerjakan solat Subuh. Setelah itu dia meluru ke dapur untuk membuat sarapan. Nairah terjaga sekitar 6.30 pagi. Dia melangkah malas ke bilik air.
“Pagi Ira!” Tegur Eriana. Nairah yang terperanjat hampir terjatuh dibuatnya. Nasib baik dia segera berpaut pada pintu bilik air.
“Kau ni Ana terkejut aku.” Marah Nairah sambil mengurut dada.
“Hehe.. Sorry. Tak sengajalah.” Jawab Eriana tersengih-sengih.”
“Awalnya kau bangun Ana.” Tegur Nairah sambil mengambil tualanya yang jatuh tadi.
“Yelah , dah siap buatkan breakfast lagi.” Jawab Eriana.
“Breakfast apa je yang kau buat?” Tanya Nairah.
“Roti bakar.” Jawab Eriana sambil tersengih.
“Tu je? Ingatkan kau buat omelet ke… Roti telur ke.. Mee goreng ke..” Ejek Nairah.
Eriana mendengus geram dengan ejekan itu.
“Dah la cepat mandi and bersiap sebab kitakan dah janji nak keluar.” Arah Eriana.
“Oh yela, patutlah kau bangun awal sangat. Tak sabar rupanya.” Ejek Nairah lagi.
Setelah selesai mandi Nairah segera mengerjakan Solat Subuh. Lalu dia mula menyiapkan diri. Baju merah jambu lembut berserta seluar jean hitam menjadi pilihannya. Selendang hitam panjang dan dihiasi corak berwarna merah jambu di lilit di kepala. Sungguh anggun, sungguh Ayu.
Eriana yang sedari tadi menunggu Nairah hanya mengenakan T-Shirt biru muda dan seluar jeans berwarna biru gelap. Bertambah keayuannya apabila mengenakan cekak rambut berwarna biru berkilat di atas kepala. Rambutnya yang lurus paras bahu itu sengaja dilepaskan.
Setelah mereka bersiap, Mereka terus menuju ke perhentian bas. Kata Eriana, teman lelakinya akan menjemput mereka di situ. Tiba-tiba sebuah kereta Saga hitam metallic berhenti dihadapan mereka. Eriana tersenyum lalu bangun dan menghampiri kereta tersebut. Nairah yang malu-malu itu turut mengikut langkah Eriana.
“Masuklah Ira.” Pelawa Eriana. Sambil tangannya juga membuka pintu di sebelah pemandu. Nairah duduk di bahagian belakang. Kereta mulai bergerak pantas menuju ke arah Bandar. Nairah memandang ke arah lelaki yang memandu kenderaan tersebut. Alangkah terkejut Nairah. Satu perasaan yang tak enak bertandang ke dalam diri.
Bersambung…
Tuesday, July 26, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 4
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 12:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 cerita anda:
nice story..cpt smbung lagi-Kak Teha
thanks.. Episod 5 akan menyusul kemudian...
Post a Comment