“Fariz!” Tegur Nairah.
Eriana menoleh ke arah Nairah. Fariz pula memandang melalui cermin pandang belakang. Fariz hanya tersenyum.
“Ira, kau kenal dia?” Tanya Eriana.
“Ye. Sebab dia satu fakulti dengan aku.” Jawab Nairah. Dalam hati mengawal satu perasaan yang sangat sukar dimengerti.
“Oh, ok.” Jawab Eriana sedikit berbaur cemburu.
Dalam kereta tidak Nairah tidak bersuara. Tidak tahu apa yang ingin dibualkan. Hanya membiarkan Eriana berbual-bual dan saling mengenali dengan Fariz. Situasi itu mengingatkan Nairah bagaimana dia dan Fariz berkenalan dulu. Dalam kenderaan itu, Fariz sesekali mencuri-curi pandang ke arah Nairah yang menyepi dari tadi melalui cermin pandang belakang.
Setelah memakir kereta mereka pergi menuju ke pusat membeli-belah. Nairah hanya mengikut mereka dari belakang. Sedikit terasa sebak apabila mengenangkan percintaannya dan Fariz dulu. Namun sekarang di sisi Fariz bukan lagi Nairah. Tetapi Eriana.
Nairah cuba memujuk hati agar menerima kenyataan. Nairah mula terasa ada cecair yang mengalir laju dari dalam hidungnya. Dengan pantas Nairah menahan dengan tangan. Namun masih ada yang menitis mengenai lengan bajunya.
‘Darah!’ Detik hatinya. Nairah segera berlari mencari tandas lalu membersihkan hidungnya dan lengan baju yang terkena titisan darah tadi. Nairah lemah. Telefon bimbitnya berdering.
“Ira, kau pergi mana?” Tanya Eriana.
“Aku kat toilet ni. Korang jalan-jalanlah dulu nanti aku datang.” Jawab Nairah segera mematikan pangilan. Dia hanya mampu bersandar di dinding. Seluruh badan bagai tiada semangat.
‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku begini?’ Soal hatinya. Nairah mengumpul kekuatan untuk bangun lalu melangkah keluar dari tandas. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam kocek seluarnya. Lalu dengan pantas jarinya mencari dan mendail nombor Eriana.
“Hello.” Jawab Eriana.
“Ana, kau kat mana?” Tanya Nairah.
“Aku ada kat medan selera. Cepatlah datang.” Jawab Eriana.
“Ye, aku datanglah ni.” Jawab Nairah lalu mematikan talian.
Nairah melangkah pantas menaiki lif menuju ke tingkat lima. Sesampai di sana, Nairah menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari-cari kelibat Eriana. Eriana melambai dari sebelah kanan Nairah. Pantas Nairah melangkah lalu duduk di sebelah Eriana. Di hadapannya kini adalah Fariz yang sedang makan makanan kegemarannya, nasi ayam. Eriana pula makan western food.
“Kau buat apa lama sangat kat tandas?” Tanya Eriana.
“Perlu ke kau tanya soalan macam tu?” Tanya Nairah menjawab soalan Eriana.
“Oppss.. Sorry. Kau tak nak makan ke?” Tanya Eriana lagi.
“Takpelah aku order air je.” Jawab Nairah bingkas bangun sesekali dia menjeling ke arah Fariz yang sedang asyik mengunyah makanan. Hatinya memendam seribu satu perasaan. Perasaan rindu, cinta dan mungkin sedikit cemburu. Cemburu kepada Eriana kerana dapat memiliki hati Fariz.
Selesai makan, mereka berjalan-jalan. Eriana sibuk membeli-belah bersama Fariz. Dia kelihatan manja di sisi Fariz. Fariz juga tidak jemu melayan kerenah Eriana. Kerana hati sudah terpikat. Segalanya tampak sempurna. Nairah hanya mengikut mereka dari belakang. Tiada satu pun menarik minatnya.
Fariz juga merasa serba salah atas apa yang telah berlaku ke atas Nairah. Dia juga tidak menyangka Eriana dan Nairah satu rumah. Dia tahu setiap yang berlaku hari ini hanya menyakitkan hati Nairah. Dia tahu disebalik senyum dan tawa Nairah, dalam hatinya luka. Tapi sudah terlambat untuk berpatah balik. Namun dia cuba berlagak tenang.
Setelah puas berjalan-jalan Fariz menghantar mereka pulang. Nairah dan Eriana mengucapkan terima kasih. Fariz juga begitu. Nairah melangkah pergi tidak langsung menoleh ke arah Fariz. Fariz hanya melihat kelibat mereka menghilang di celah blok apartment. Lalu dia memecut laju keretanya menuju ke rumah.
Bersambung...
Thursday, July 28, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 5
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 12:07 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 cerita anda:
episod 6 cpt ckt pleaseeeeeeeeeee
Post a Comment