Jam loceng berdering seawal 6.00 pagi. Nairah dan Asma bangun serentak. Nariah mematikan jam loceng yang tidak henti-henti membingit. Mereka sama-sama mengemas katil masing-masing. Setelah itu, mereka menuju ke arah penyidai untuk mengambil tuala.
Setelah selesai membersihkan diri dan mengambil wudhuk, Asma terus masuk ke dalam bilik, manakala Nairah menuju ke bilik Nor, Eyna dan Eriana untuk mengejutkan mereka. Kemudian Nairah terus ke bilik lalu dibentangkan sejadah dan memakai telekung untuk mengerjakan solat subuh.
Setelah selesai mereka bersiap-siap. Nairah yang sentiasa siap awal terus menuju ke dapur. Nescafe 3 in 1 di capai lalu dituangkan dalam 5 cawan dan dihidangkan dengan roti dan kaya. Nairah menyapu roti dengan kaya dan mencelup kedalam cawannya. Memang begitu cara dia makan. Nor dan Asma keluar serentak terus menuju ke meja makan.
“Baguslah Ira ni. Hari-hari dia akan bangun awal dan siapkan sarapan. “ Puji Nor.
“Yelah, dah boleh khawin dah.” Sampuk Asma pula.
Nairah hanya tertawa kecil apabila diusik begitu.
“Nak khawin macam mana calon pun tak ada.” Jawab Nairah dengan mimik muka sedih yang dibuat-buat.
“Tak pe sampai masa jumpalah.” Jawab Nor menyedapkan hati Nairah.
Eyna dan Eriana keluar dari bilik lalu mereka juga turut berkumpul dimeja makan. Sedang asyik berbual-bual tak sedar pula mereka sudah pukul 7. Mereka melangkah pantas menuruni anak tangga. Lalu menuju ke perhentian bas.
Kelas bermula seperti biasa. Pensyarah meminta tugasan kumpulan yang diberi dulu. Alhamdulillah, Nairah, Nizam dan Fariz sempat menyiapkannya hari Jumaat lepas. Mereka menghela nafas lega.
“Baiklah sekarang kita dah mula dengan chapter baru.” Pensyarah itu mula bersuara. Para pelajar mula membuka buku teks. Tangan mereka pantas menyalin nota. Dalam pada itu, ada yang curi-curi sms dengan telefon bimbit.
Setelah kelas tamat Nairah membuka diarinya. Baru dia teringat dia perlu ke klinik untuk mengetahui keputusan pemeriksaan darah. Tiba-tiba satu suara membuat pengumuman.
“Perhatian, Kelas pukul dua petang ni dibatalkan. Tapi kelas pukul 4 macam biasa ye.” Ketua Kelas bersuara. Yang lain bersorak keseronokkan. Nairah juga tersenyum. Beg dikerusi dicapai dan dia memulakan langkah ke perhentian bas untuk pergi ke klinik.
Ramai pelajar sedang menunggu bas. Salah seorangnya Nairah. Sedang dia menunggu, tangannya meraba-raba ke dalam beg untuk mencapai earphone. Bosan rasanya kalau tidak mendengar lagu. Tiba-tiba dia ternampak kelibat kereta Fariz bersama seorang wanita di dalam kereta.
‘Eriana agaknya.’ Detik hati Nairah.
Bas sampai Nairah dan yang lain berebut-rebut menaiki bas. Nairah mempunyai tubuh yang kecil jadi mudah baginya untuk menyelit. Tempat duduk sudah penuh Nairah dan beberapa penumpang lain hanya berdiri.
Bas berhenti betul-betul di hadapan klinik. Nairah turun lalu melangkah pantas memasuki pintu klinik. Nombor kad pengenalan diberi kepada jururawat yang bertugas dikaunter depan. Jururawat itu mencari-cari fail yang menyimpan butir peribadi Nairah.
“Ada berapa ramai doktor yang bertugas hari ni?” tanya Nairah ramah.
“Ada tiga doktor, silakan duduk.” Jawab jururawat tersebut.
Nairah mengangguk lalu meneruskan langkahnya ke ruang menunggu. Sambil itu dia memerhati sekeliling. Agak ramai pesakit yang datang hari ni. Hatinya kini mulai berdebar-debar. Entah apa keputusan ujian darah itu. Nairah semakin resah. Sedang dia leka membayangkan apa keputusannya tiba-tiba dia dipanggil.
“Nurul Nairah Alisya!” Panggil Jururawat di klinik tersebut. Nairah terkejut. Dilihat kiri dan kanan hanya tinggal 3 orang pesakit termasuk dia.
‘Kenapa cepat sangat doktor panggil aku?’ Getus hatinya. Jantungnya mulai berdebar. Dia bangun lalu melangkah perlahan menuju ke bilik doktor.
Bersambung...
Saturday, July 30, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 6
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 11:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment