BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 1, 2011

Biarku Menjaga Cintamu 7

“Nairah, duduklah.” Sapa doktor itu.

Nairah tersenyum lalu mengangguk. Dia menarik kerusi yang berdekatan lalu duduk bertentangan dengan doktor itu.

“Macam mana hari sihat?” tanya doktor itu.
“Sihat. Cuma baru-baru ni hidung saya berdarah. Mungkin sebab cuaca yang panas.” Jawab Nairah.
“Ada rasa sakit kat mana-mana?” Tanya doktor itu lagi
“Kadang-kadang saya sakit di bahagian belakang. Tapi tak terlalu sakit sangat.” Jawab Nairah.
“Nairah, saya dah dapat keputusan tu. Saya harap apa jua hasil keputusan ujian tu awak kena hadapi dengan tenang dan sabar.” Pesan doktor itu.

Nairah mengangguk perlahan. Dia mengenggam kedua-dua tangannya yang bergetar dan sejuk. Nairah di tarik nafas dalam-dalam lalu dihembusnya perlahan. Kurang sedikit debaran di hati. Doktor membuka sampul surat yang mengandungi hasil ujian tersebut. Lalu diteliti berulang-ulang kali. Kemuda dia mula bersuara.

“Dari hasil ujian tersebut megatakan bahawa awak menghidap mieologenus akut. “Ddoktor itu bersuara.
“Apa tu doktor?” Tanya Nairah berkerud dahi memikirkannya.
Doktor itu menarik nafas dalam-dalam. Sebelum mula menerangkan tentang penyakit itu.
“Ia merupakan antara jenis penyakit leukemia.” Jawab Doktor tersebut agak perlahan.
Bagai terhenti seketika putaran waktu. Nairah terkejut, bagaikan tidak percaya dengan keputusan itu. Menitis air matanya.
“Nairah, kita masih boleh merawatnya awak perlu kuatkan semangat awak.” Terang doktor cuba memujuk Nairah yang tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya air mata mengalir dipipi. Terbayang wajah ibu, ayah, abang dan adik-adiknya.
“saya cadangkan awak buat rawatan susulan dan jaga emosi awak.”Pesan doktor itu lagi.
“Terima Kasih doktor. “ Jawab Nairah sambil mengesat airmata dengan hujung lengan baju. Nairah mengumpul kekuatan untuk bangun dan keluar dari klinik tersebut.

Dengan langkah perlahan dia berjalan menuju ke arah apartmentnya. Menaiki anak tangga. Pintu di buka dan salam diberi, Eyna dan Asma yang berada di ruangtamu menjawab soalan tersebut. Terus memandang ke arah Nairah yang menonong masuk ke dalam biliknya. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa dengan Nairah tu?” Tanya Eyna.
“Banyak keje agaknya.” Jawab Asma.
"Tapi dia tak pernah macam tu. Biasanya dia happy je.” Jawab Eyna.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila pintu bilik Nairah terbuka. Nairah keluar menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi mengerjakan solat Zohor. Setelah itu di bentangnya sejadah lalu mengerjakan perintah Allah.
‘Ya Allah, Ya Tuhanku. Ampunilah segala dosa-dosaku. Berikanlah aku kekuatan, dan kesabaran dalam menempuh segala dugaan dan cabaran ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku bersyukur kerana Engkau tidak pernah lupakan hambamu ini, Dengan itu Engkau Memberikan ujian pada hambamu. Aku redha Ya Allah kerana hanya padaMu tempat aku mengadu dan meminta. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kurniakanlah mereka kesihatan tubuh badan dank au permudahkanlah segala urusan mereka. Tempatkanlah mereka dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepadaMU. Amin..’

Nairah mengelap sisa airmatanya yang mengalir di pipi. Selesai melipat sejadah dan telekung, Nairah segera memakai tudungnya kembali. Tiba-tiba dirasakan ada cecair mengalir laju. Segera tangannya mencapai tisu di meja tulis lalu ditekup ke hidungnya.

Langkahnya pantas menuju ke tandas. Eyna dan Asma terkejut apabila pintu tandas ditutup kuat. Mereka segera berlari mendapatkan Nairah.

“Ira, kau ok ke?” Tanya Asma risau.
“Aku ok.” Jawab Nairah.
“Betul ke?”Tanya Eyna pula.
“Betul, tak de pape, cuma sakit perut je ni.” Jawab Nairah.
“Oh, sakit perut. Ingatkan ape td.” Jawab Asma pula. Dia dan Eyna kembali ke ruangtamu untuk menonton televisyen. Kelas mereka pada hari ini dibatalkan kerana ramai pensyarah mereka terlibat dengan mesyuarat.

Sementara itu, Nairah segera mencuci mukanya. Titisan darah yang menitis di sinki di cuci bersih. Dia terduduk di atas jamban, terasa penat dan sakit di bahagian belakang. Nariah menahan kesakitan. Dia menangis dalam senyap.Peluh mula memercik di dahi. Nairah sudah tidak tertahan lagi dia hanya mampu berdoa.

Sakitnya hilang secara beransur. Nairah mengumpul kekuatan untuk bangun. Sebelum keluar dia sempat menarik flush. Terus masuk ke bilik menempek bedak dimuka. Jam tangan di pakai sudah pukul 3 dia pantas mencapai beg lalu menuju pantas ke pintu.

“Asma, Eyna aku pergi kelas dulu k.” Tegur Nairah.
“Ok. Hati-hati tau. Bye.” Jawab Eyna dan Asma.

Nairah menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Penatnya masih belum hilang. Tidak sampai 10 minit dia sudah sampai di perhentian bas. Tidak ramai pelajar disitu. Tiba-tiba kereta Fariz berhenti di hadapannya.

“Ira, masuklah. Jom pergi kelas sama.” Ajak Fariz.
“Eh, tak pelah biar saya tunggu bas je.” Jawab Nairah.
“Ala nanti lambat. Jomlah.” Ajak Fariz lagi.
“Tak p eke? Tak susahkan ke?”Tanya Nairah.
“Jomlah .” Jawab Fariz.

Nairah melangkah mendekati kenderaan itu. Pintu dibuka lalu Nairah duduk di sebelah Fariz. Nairah diam tidak tahu apa yang hendak dibicarakan. Fariz juga begitu. Otaknya ligat mencari topik – topik untuk dibualkan bersama Nairah.

Hanya kedengaran Lagu ‘I’m Yours dendangan Jason Mraz sahaja di radio. Lagu itu membuatkan Nairah teringat kali pertama berjumpa dengan Fariz. Saat itu memang seronok dan amat membahagiakan. Segalanya kelihatan indah. Dia terlupa seketika tentang penyakitnya. Fariz juga merasakan yang sama . Namun cuba ditenangkan hatinya.

Bersambung…

0 cerita anda: