Nairah sudah mula sedar. Pandangannya kabur, lalu di kelip matanya berkali-kali sehingga pandangannya kembali jelas. Nairah melihat sekeliling. Tempat itu begitu asing, namun seingatnya dia pernah ke situ.
“Ira.” Tegur Fariz.
Nairah menoleh ke arah Fariz. Dia cuba bangun dari pembaringannya. Malu apabila Fariz melihat dia terbaring di atas katil. Nairah memegang kepalanya, tudung sudah tiada. Nairah semakin tidak selesa.
“Macam mana saya boleh ada di sini?” Tanya Nairah.
“Saya yang bawa awak.” Jawab Fariz dengan senyuman. Berkerut dahi Nairah.
“Asma beritahu saya awak dengan Ana bergaduh, dan Ana mengamuk. Dia suruh bawa awak keluar dari
rumah tu.” Cerita Fariz.
Nairah terdiam sambil fikirannya melayang teringat peristiwa semalam. Tiba-tiba ada seseorang wanita memasuki bilik itu. Wanita itu sangat dikenali dan sangat dirindui. Nairah menyambut tangan wanita separuh usia itu lalu dikucup lembut.
“Ira macam mana, dah sihat?” Tanya Puan Rabitah ibu kepada Fariz.
“Erm. Dah sihat sikit mak cik.” Jawab Nairah lembut.
“Fariz dah ceritakan semua yang berlaku. Itulah mak cik dah cakap yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran.” Puan Rabitah bersuara sambil menjeling sinis pada Fariz. Fariz terkedu, tidak menyangka ibunya akan bercakap begitu.
“Tak pelah mak cik bukan salah dia pun.” Jawab Nairah.
“Yelah, mana tak salahnya, kalau dulu dia bersama dengan Nairah tak denye semua ni terjadi.” Puan Rabitah bersuara lagi, kesal dengan perbuatan Fariz. Fariz menunduk kecewa dengan diri sendiri.
“Sudahlah mak cik. Semuanya dah berlaku. Kalau ada jodoh adalah. Lagipun perjalanan hidup Fariz ni masih panjang. Belajar pun tak habis lagi.” Nairah cuba memujuk.
“Yelah, Ira siap-siap dulu ye, mak cik nak siapkan makan.” Puan Rabitah bersuara.
Nairah mengangguk. Kemudian pandangannya tertumpu pada Fariz yang masih lagi di sisi katil. Dia kelihatan murung. Mungkin kerana di tegur ibunya tadi. Nairah bangun dari katil lalu mencapai tuala yang telah di sediakan oleh Fariz di belakang pintu.
“Awak tak nak keluar tolong mak awak ke?” Tanya Nairah sambil tersenyum.
Fariz memandang Nairah yang sudah pun memegang tuala. Dia mengangguk faham sambil tersengih lalu keluar dari bilik tersebut. Fariz tiba-tiba terkenang kembali saat dia membawa Nairah pulang untuk berjumpa dengan keluarganya. Seluruh keluarganya gembira menerima Nairah. Kemudian hatinya mula di rundung resah.
‘Kenapalah aku bodoh sangat. Semua orang dah sayang Nairah, kenapa aku senang-senang je hancurkan harapan semua orang.’ Getus hatinya.
Nairah selesai membersihkan diri. Kebetulan masih ada bajunya yang ditinggalkan dulu. Dia duduk di hadapan cermin lalu mengusik kesan lebam pada wajahnya. Mengalir airmatanya deras mengenankan peristiwa semalam. Kalau di ikutkan hatinya lebih hancur apabila orang yang dicintai telah dimiliki sahabat sendiri.
Nairah memandang sekeliling ruang kamar. Terbayang kenangan semasa bersama dengan Fariz dan keluarganya dulu. Lebih deras air matanya mengalir. Dihatinya masih mencintai Fariz. Kenapa semuanya berakhir dalam sekelip mata.
“Boleh tak awak biarkan saya pergi?” Tanya Fariz.
“Kenapa? Kenapa buat keputusan macam tu?” Soal Nairah menahan sebak.
“Saya nak enjoy dengan life saya dulu. Kalau saya kembali saya milik awak selamanya.” Jawab Fariz bersahaja.
“Awak tak enjoy bila dengan saya? Awak tak sayang ke hubungan kita yang dah bertahun ni?” Soal Nairah lagi. Kali ini nada suaranya bergetar, air matanya sudah tidak terbendung lagi.
“Orang kata kita perlu merasa kehilangan dulu baru kita hargai orang tu. Jadi saya nak rasa kehilangan tu.” Jawab Fariz. Nairah terkejut mendengar jawapan Fariz. Tidak mengerti maksuk Fariz.
“Macam mana kalau tak sempat nak hargai?” Tanya Nairah lagi.
Fariz tidak menjawap. Mungkin tiada jawapan untuk soalan itu. Fariz meminta maaf dari Nairah lalu pergi meninggalkannya. Nairah terasa separuh dirinya hilang. Hatinya sudah tidak tentu arah. Setiap yang dilakukan serba tidak kena.
“Irah.” Tegur Fariz. Di luar kamar.
Nairah tersedar dari kenangan silam dia mengesat air mata dan cuba untuk senyum di hadapan cermin sebelum pintu itu dibuka. Dengan perlahan pintu di buka, Nairah melangkah terus keluar kamar tanpa memandang Fariz. Langkahnya di hala ke dapur.
Bersambung...
Friday, August 12, 2011
Biarku Menjaga Cintamu 12
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 12:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment