BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 15, 2011

Cinta Sayang Kasih

Semalam Kasih menghubungiku. Rindu sungguh dengan suara itu. Sudah lama tidak berjumpa dengan Kasih. Kasih dan keluarganya sangat baik denganku. Aku terlalu rindu dan sayangkan mereka.

Kasih seperti biasa bertanyakan kesihatanku, keadaanku. Walaupun Cinta pergi meninggalkan aku, Namun Kasih tetap menjadi peneman setiaku. Begitu juga dengan Sayang yang tidak jemu-jemu memberi nasihat kepadaku.

Kasih dan Sayang sentiasa mendoakan yang terbaik untukku. Aku bersyukur dipertemukan dengan Kasih dan Sayang. Tapi dalam adanya kemanisan, pasti ada kepahitan. Cinta tu asyik menyakitkan je. Kenapa?

Aku cuba membersihkan nama baik Cinta yang telah di buruk-burukkan oleh rakan-rakannya sendiri dan rakan-rakanku. Kesian kat Cinta. Kasih kecil hati dengannya, rakan-rakan pun sama. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Sayang pula tidak percaya pada Cinta lagi.

Cinta? kenapa buat keputusan macam tu? Sekarang ni Cinta happy ke dengan jalan hidup yang Cinta dah pilih... Apepun, aku doakan yang terbaik untuk Cinta dan Teman baru Cinta.. Semoga bahagia...

2 cerita anda:

roshi''dayahdayu'' said...

sedihnya.... =(

LuLa- said...

Jangan habiskan tisu ye...