Pagi ini Matahari bersinar ceria. Seceria hatiku kini. Seperti biasa, setiap kali aku bangun, aku akan mengucapkan syukur kepadaNya dan tidak lupa juga aku mendoakan Cinta agar sentiasa dipelihara rohani dan jasmaninya.
Cinta sangat kemas hari ini. Tidak seperti hari-hari lainnya. Wajahnya kelihatan berseri sekali. Tapi aku tahu batasku. Dia bukan milikku,(tolong jangan lebih-lebih ya).
Sayang ada menghubungiku pada hari ini. Bertanyakan khabar. Rindu sungguh dengan Sayang. Entah bila kita akan berjumpa lagi. Setiap cerita dan pesanan yang di sampaikan kepadaku, segalanya aku ambil serius kerana ada penegasan dalam setiap ayat yang di lontarkan Sayang untuk aku jadikan pedoman.
Terima kasih kepada temanku yang sentiasa menemaniku di sisi, tidak putus-putus menasihati dan memberi semangat kepadaku. Akanku kenang dan akanku ingat pesanmu. Walaupun kita sebaya tapi pemikiran dan Ilmu yang kau miliki tidak tercapai olehku.
Aku harap suatu hari nanti Cinta juga boleh mendengar apa yang diceritakan oleh Teman agar dia tidak lupa asal usulnya. Semoga suatu hari nanti Cinta akan berubah seperti dulu atau lebih baik dari dulu. Semoga suatu hari itu muncul tidak lama lagi. Aku, Kasih, Sayang dan Teman menanti kepulangan Cinta.
Monday, October 17, 2011
Cinta Sayang Kasih 2
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 8:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment