BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 18, 2011

Cinta Sayang Kasih 3

Aku berlari-lari menuruni tangga untuk mengejar bas. Sampai dalam bas aku melihat Kalendar di telefon bimbitku. Teringat pukul 12 malam tadi aku mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Sayang. Rindunya pada Sayang.

Kelas berjalan seperti biasa. Kemudian aku ternampak Cinta. Sungguh kemas dari hari-hari sebelumnya. Tapi kekemasan itu bukan untuk aku. Eheheheh... Biarkan. Cinta masih tidak mahu menerima kenyataan aku kini masih wujud. Mungkin ego. Entahlah.

Entah kenapa tenang hatiku apabila melihat Cinta berada depan mata. Tapi tidak berani bertegur sapa. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Aku tak mahu menjadi duri dalam daging. Biarkan Cinta lakukan apa yang indin dilakukan. Aku, Kasih dan Sayang mendoakan yang terbaik untuknya.

0 cerita anda: